Ikutlah Aku 2024
22–28 Julai: “Menanamkan Firman Ini dalam Hatimu.” Alma 32–35


“22–28 Julai: ‘Menanamkan Firman Ini dalam Hatimu.’ Alma 32–35,” Ikutlah Aku—Untuk Rumah dan Gereja: Kitab Mormon 2024 (2023)

“22–28 Julai. Alma 32–35,” Ikutlah Aku—Untuk Rumah dan Gereja: 2024 (2023)

biji benih dalam tangan budak

22–28 Julai: “Menanamkan Firman Ini dalam Hatimu”

Alma 32–35

Untuk bangsa Zoram, doa adalah berdiri di tempat semua orang dapat melihat dan mengulangi kata-kata yang sia-sia, memuaskan hati sendiri. Bangsa Zoram kurang iman kepada Yesus Kristus—bahkan menafikan kewujudan-Nya—dan menganiaya orang miskin (lihat Alma 31:9–25). Sebaliknya, Alma dan Amulek mengajar bahawa doa adalah lebih berkaitan dengan apa yang berlaku dalam hati kita daripada platform khalayak ramai. Dan jika kita tidak berbelas kasihan terhadap mereka yang memerlukan, doa kita adalah “sia-sia, dan tidak berfaedah apa pun” (Alma 34:28). Paling penting, kita berdoa kerana kita beriman kepada Yesus Kristus, yang menawarkan penebusan melalui korban-Nya yang “tidak terhingga dan abadi” (Alma 34:10). Iman seperti itu, Alma jelaskan, lahir dari kerendahan hati dan “hasrat untuk percaya” (Alma 32:27). Dari masa ke masa, dengan pemeliharaan berterusan, firman Tuhan berakar dalam hati kita sehingga ia menjadi “pokok yang tumbuh menuju kehidupan kekal” (Alma 32:41).

Idea-idea untuk Pembelajaran di Rumah dan di Gereja

Alma 32:17–43

Saya beriman kepada Yesus Kristus dengan menanam dan memelihara firman-Nya dalam hati saya.

Semasa anda membaca Alma 32:17–43, perhatikan perkataan dan frasa yang membantu anda memahami bagaimana untuk beriman kepada Yesus Kristus. Apakah yang anda pelajari tentang apa itu iman dan apa yang bukan?

Cara lain untuk mengkaji Alma 32–34 adalah melukis gambar-gambar yang mewakili fasa-fasa pertumbuhan benih. Kemudian labelkan setiap gambar dengan perkataan dari Alma 32:28–43 yang membantu anda memahami cara menanam dan menyuburkan firman Tuhan di dalam hati anda.

Lihat juga Russell M. Nelson, “Kristus Sudah Bangkit; Iman kepada-Nya Akan Mengalihkan Bukit,” Liahona, Mei 2021, 101–4.

Alma 32:26–43

Saya boleh tahu sendiri.

Kepada bangsa Zoram yang belum pasti tentang kesaksian Alma tentang Kristus, Alma mencadangkan “suatu percubaan” (lihat Alma 32:26). Percubaan memerlukan hasrat, rasa ingin tahu, tindakan, dan sekurang-kurangnya sedikit iman—dan ia boleh membawa kepada penemuan yang menakjubkan! Fikirkan tentang eksperimen yang anda telah lihat atau sertai. Menurut Alma 32:26–36, apakah jenis percubaan yang boleh membawa kepada iman kepada Yesus Kristus?

Bagaimanakah anda telah “mencuba” ke atas firman Tuhan dan tahu “firman itu baik”? (Alma 32:28).

11:17

Tiang dan Sinar

Elder Dushku mengajar kita bahawa pengalaman rohani yang menakjubkan jarang berlaku dan Tuhan biasanya memberi kita satu sinar cahaya pada satu masa.

Alma 33:2–11; Alma 34:17–29

Saya boleh menyembah Tuhan dalam doa, pada bila-bila masa dan di mana-mana sahaja.

Nasihat Alma dan Amulek mengenai penyembahan dan doa bertujuan untuk membetulkan salah faham yang bangsa Zoram ada. Pertimbangkan untuk menyenaraikannya (lihat Alma 31:13–23). Kemudian, anda boleh senaraikan kebenaran tentang doa dalam Alma 33:2–11 dan 34:17–29. Bagaimanakah apa anda pelajari dari ayat-ayat ini mempengaruhi cara anda berdoa dan menyembah?

Anda juga boleh mencari pemahaman dari lagu rohani tentang doa, seperti “Indahlah Saat Berdoa” (Nyanyian Rohani, no. 57).

Alma 34:9–16

seminary icon
Saya memerlukan Yesus Kristus dan Korban Tebusan-Nya.

Perhatikan berapa kali Amulek menggunakan perkataan yang tidak terhingga dan abadi untuk menggambarkan pengorbanan Juruselamat dalam Alma 34:9–14. Mengapakah ia penting untuk tahu bahawa Korban Tebusan Juruselamat adalah tidak terhingga dan abadi? Carilah perkataan dan frasa dalam ayat-ayat ini yang juga menggambarkan Korban Tebusan Juruselamat: Ibrani 10:10; 2 Nefi 9:21; Mosia 3:13.

Walaupun kita tahu kuasa Yesus untuk menyelamatkan adalah tidak terhingga dan abadi, kita kadangkala meragui jika ia adalah untuk kita—atau kepada seseorang yang telah berdosa terhadap kita. Elder David A. Bednar pernah berucap tentang orang yang “kelihatan mempunyai iman dalam Juruselamat, tetapi mereka tidak mempercayai berkat-berkat yang telah dijanjikan-Nya tersedia untuk mereka” (“Sekiranya Kamu Mengenal Aku,” Liahona, Nov. 2016, 104). Apakah yang boleh menghalang kita dari menerima kuasa Juruselamat dengan sepenuhnya? Renungkan bagaimana anda boleh tahu bahawa Korban Tebusan Yesus Kristus adalah tidak terhingga dan abadi.

Untuk merenungkan betapa anda memerlukan Korban Tebusan Juruselamat, anda boleh fikirkan sesuatu yang anda perlukan setiap hari. Tanya diri anda, “Apakah akan terjadi kepada hidup saya tanpa ini?” Kemudian, semasa anda mengkaji Alma 34:9–16, renungkan bagaimana kehidupan anda tanpa Yesus Kristus. Anda boleh mencari pemahaman lain dalam 2 Nefi 9:7–9. Bagaimanakah anda akan meringkaskan Alma 34:9–10 dalam satu ayat?

Lihat juga Michael John U. Teh, “Juruselamat Peribadi Kita,” Liahona, Mei 2021, 99–101.

Alma 34:30–41

“Sekaranglah waktu dan masa penyelamatanmu.”

Bayangkan anda ingin menyertai maraton atau persembahan muzikal. Apakah yang akan berlaku jika anda tunggu sehingga hari acara itu untuk bersedia? Bagaimanakah contoh ini berkaitan dengan amaran Amulek dalam Alma 34:32–35? Apakah bahaya tentang menunda usaha kita untuk bertaubat dan berubah?

Ayat 31 juga mempunyai pesanan untuk orang yang mungkin bimbang mereka telah terlalu lama menangguh dan terlalu lambat untuk bertaubat. Menurut anda apakah pesanan itu?

Idea-idea untuk Mengajar Kanak-kanak

Alma 32:1–16

Tuhan boleh mengajar saya apabila saya memilih untuk merendahkan hati.

  • Alma dan Amulek telah berjaya mengajar bangsa Zoram yang rendah hati. Apakah maksud menjadi rendah hati? Bantu anak-anak anda mencari definisi rendah hati dalam Panduan Tulisan Suci. Apakah petunjuk lain tentang maksud perkataan ini yang kita boleh temui dalam Alma 32:13–16? Jemput anak-anak anda untuk melengkapkan ayat seperti “Saya merendahkan hati apabila saya .”

Alma 32:28–43

Kesaksian saya tentang Yesus Kristus bertumbuh apabila saya memeliharanya.

  • Biji benih, pokok, dan buah adalah benda biasa yang dapat membantu kanak-kanak memahami asas abstrak seperti iman dan kesaksian. Minta anak-anak anda memegang benih semasa anda membaca Alma 32:28. Kemudian anda boleh minta mereka fikirkan cara-cara untuk menanam kesaksian tentang Yesus Kristus adalah seperti menanam dan memelihara biji benih (lihat “Bab 29: Alma Mengajar tentang Iman dan Firman Tuhan,” Cerita-cerita Kitab Mormon, 81). Mungkin anda boleh menanam biji benih anda dan bercakap tentang apa yang diperlukan untuk membantu biji benih—atau kesaksian—tumbuh.

  • Satu gambar pokok disertakan dalam panduan ini; anda boleh menggunakannya untuk menggambarkan kata-kata Alma dalam Alma 32:28–43. Atau anda boleh bersiar untuk mencari tumbuhan dalam fasa pertumbuhan yang berbeza dan baca ayat-ayat dari Alma 32 yang membandingkan tumbuhan dengan iman kita. Atau mungkin anak-anak anda boleh melukis pokok di papan tulis dan menambah daun atau buah setiap kali mereka fikirkan sesuatu yang mereka boleh lakukan untuk membantu kesaksian mereka tentang Yesus Kristus berkembang.

  • Anda boleh minta anak-anak anda cuba menolak biji benih (mewakili firman Tuhan) ke dalam batu (mewakili hati yang angkuh) dan ke dalam tanah yang lembut (mewakili hati yang rendah hati). Baca bersama Alma 32:27–28. Bincangkan maksud “memberi tempat” (ayat 27) untuk firman Tuhan dalam hati kita.

Melukis gambar. Sesetengah orang belajar dengan lebih baik apabila mereka melukis gambar tentang apa yang mereka pelajari. Anak-anak anda mungkin boleh melukis biji benih bertumbuh kepada pokok semasa mereka mengkaji Alma 32.

Alma 33:2–11; 34:17–27

Saya boleh berdoa kepada Bapa Syurgawi bila-bila masa, tentang apa-apa pun.

  • Bantu anak-anak anda mencari frasa yang menggambarkan tempat-tempat yang kita boleh berdoa (dalam Alma 33:4–11) dan hal yang kita boleh doakan (dalam Alma 34:17–27). Mereka boleh lukis diri mereka berdoa di tempat-tempat ini. Saling berkongsi pengalaman ketika Bapa Syurgawi mendengar doa-doa anda. Anda juga boleh nyanyikan lagu tentang doa, seperti “Doa Seorang Anak” (Buku Nyanyian Anak-Anak, 6).

buah di atas pokok

“Kerana ketekunanmu dan imanmu dan kesabaranmu dengan firman dalam memeliharanya … lihatlah, dalam masa yang singkat kamu akan memetik buahnya, yang paling berharga” (Alma 32:42).