“18–24 November: ‘Agar Kejahatan Boleh Diakhiri.’ Eter 6–11,” Ikutlah Aku—Untuk Rumah dan Gereja: Kitab Mormon 2024 (2023)
“18–24 November. Eter 6–11,” Ikutlah Aku—Untuk Rumah dan Gereja: 2024 (2023)
18–24 November: “Agar Kejahatan Boleh Diakhiri”
Eter 6–11
Beratus tahun selepas bangsa Yared dimusnahkan, bangsa Nefi telah menemui runtuhan tamadun purba mereka. Di antara runtuhan ini adalah catatan misteri—kepingan-kepingan “emas tulen” yang “diisi dengan ukiran,” dan bangsa Nefi “berhasrat teramat sangat” untuk membacanya (Mosia 8:9; 28:12). Hari ini anda ada ringkasan catatan ini, ia dipanggil kitab Eter. Apabila bangsa Nefi membacanya, “mereka dipenuhi dengan dukacita” untuk belajar tentang kejatuhan bangsa Yared yang tragik. “Walaupun demikian ia memberikan mereka banyak pengetahuan, yang di dalamnya mereka bersukacita” (Mosia 28:12, 18). Anda juga boleh menemui saat-saat kesedihan dalam buku ini. Tetapi anda juga boleh bersukacita dalam kurnia pengetahuan ini. Seperti yang Moroni tuliskan, “ia adalah kebijaksanaan di dalam Tuhan bahawa hal-hal ini akan diperlihatkan kepadamu … agar kejahatan boleh diakhiri, dan agar waktunya akan tiba apabila Setan tidak mempunyai kuasa ke atas hati anak-anak manusia” (Eter 8:26).
Idea-idea untuk Pembelajaran di Rumah dan di Gereja
Tuhan akan membimbing saya di sepanjang perjalanan fana saya.
Anda boleh menemui pandangan rohani jika anda membandingkan pelayaran bangsa Yared ke seberang lautan dengan perjalanan hidup anda. Contohnya, apakah yang Tuhan telah sediakan yang menerangi perjalanan anda seperti batu-batu dalam kapal tongkang bangsa Yared? Apakah yang kapal tongkang atau angin itu yang “bertiup ke arah negeri yang dijanjikan”? (Eter 6:8). Apakah yang anda pelajari dari tindakan bangsa Yared sebelum, semasa, dan selepas pelayaran? Bagaimanakah Tuhan membimbing anda ke negeri yang dijanjikan?
Eter 6:5–18, 30; 9:28–35; 10:1–2
“Berjalan dengan kerendahan hati di hadapan Tuhan.”
Walaupun keangkuhan dan kejahatan seperti menguasai sejarah bangsa Yared, terdapat juga contoh kerendahan hati dalam bab ini—terutama dalam Eter 6:5–18, 30; 9:28–35; dan 10:1–2. Merenung soalan-soalan berikut akan membantu anda belajar dari contoh-contoh ini: Mengapa bangsa Yared merendahkan diri mereka dalam situasi ini? Bagaimanakah mereka menunjukkan kerendahan hati mereka? Bagaimanakah Tuhan memberkati mereka sebagai hasilnya? Pertimbangkan apa yang anda sedia lakukan untuk “berjalan dengan kerendahan hati di hadapan Tuhan” (Eter 6:17) dan bukannya kerana terpaksa merendahkan hati (lihat Mosia 4:11–12; Alma 32:14–18).
Lihat juga Dale G. Renlund, “Berlaku Adil, Berbelas Kasihan, dan Merendahkan Hati di Hadapan Tuhan,” Liahona, Nov. 2020, 109–12.
Saya boleh menjadi seorang pemimpin seperti Kristus.
Bab 7–11 Eter meliputi sekurang-kurangnya 28 generasi. Walaupun sedikit perincian dapat diberikan dalam ruang kecil ini, satu pola muncul tentang akibat kepimpinan yang soleh dan jahat. Apakah yang anda pelajari tentang kepimpinan dari contoh-contoh—negatif dan positif—raja-raja yang disenaraikan di bawah?
-
Sul—Eter 7:23–27
-
Yared—Eter 8:1–7, 11–15
-
Emer dan Koriantum—Eter 9:21–23
-
Het—Eter 9:26–30
-
Sez—Eter 10:1–2
-
Riplakis—Eter 10:5–8
-
Morianton—Eter 10:9–11
-
Lib—Eter 10:19–28
-
Etem—Eter 11:11–13
-
Yesus Kristus—Matius 18:1–4; 20:20–28; 23:11
Elder Dieter F. Uchtdorf memberi nasihat yang berguna tentang kepimpinan dalam pesanannya “Orang yang Terbesar antara Kamu” (Liahona, Mei 2017, 78–81). Pertimbangkan untuk mengkaji pesanan ini—terutamanya cerita yang dia ceritakan—mencari asas atau pola kepimpinan seperti Kristus. Bilakah anda telah melihat asas atau pola ini ditunjukkan dalam orang yang memimpin?
Semasa anda merenungkan apa yang anda pelajari, fikirkan peluang yang anda miliki untuk memimpin atau mempengaruhi orang lain di rumah anda, komuniti, panggilan Gereja, dan sebagainya. Bagaimanakah anda membentuk kualiti kepimpinan seperti Yesus, walaupun anda tidak mempunyai tugasan kepimpinan tertentu?
Lihat juga “Asas-asas Kepimpinan di Gereja,” Buku Panduan Umum: Melayani dalam Gereja Yesus Kristus Orang Suci Zaman Akhir, 4.2 (ChurchofJesusChrist.org).
Tuhan tidak bekerja dalam kegelapan.
Ketika orang berkomplot untuk merahsiakan perbuatan jahat mereka, mereka terlibat dalam komplot-komplot rahsia. Tambahan kepada komplot-komplot rahsia yang diterangkan dalam Eter 8:7–18, contoh lain boleh didapati dalam Helaman 1:9–12; 2:2–11; 6:16–30, dan Musa 5:29–33. Pertimbangkan untuk bandingkan ayat-ayat ini dengan 2 Nefi 26:22–24, di mana Nefi menggambarkan bagaimana Tuhan melakukan pekerjaan-Nya. Mengapakah Moroni diperintahkan untuk menulis apa yang dia lakukan tentang komplot-komplot rahsia?
Apakah yang anda pelajari dari kitab Eter yang boleh membantu anda memperoleh berkat yang digambarkan dalam Eter 8:26?
Idea-idea untuk Mengajar Kanak-kanak
Saya boleh mempercayai Bapa Syurgawi untuk menghibur saya apabila saya takut.
-
Semua orang ada hari-hari yang susah—bahkan anak-anak kecil. Mungkin anda boleh membantu anak-anak anda mencari perkataan dan frasa dalam Eter 6:1–12 yang menunjukkan bagaimana bangsa Yared mempercayai Tuhan pada masa-masa yang sangat sukar dan menakutkan. Pertimbangkan untuk saling berkongsi beberapa pengalaman ketika Tuhan membantu anda pada masa-masa sukar dalam hidup anda.
Mengingati apa yang Tuhan telah lakukan membawa kesyukuran dan kedamaian.
-
Setelah selamat tiba di negeri yang dijanjikan, bangsa Yared sangat bersyukur sehingga mereka “mencucurkan air mata kebahagiaan” (Eter 6:12). Anda boleh mengilhami anak-anak anda untuk bersyukur atas berkat-berkat Tuhan dengan membantu mereka mencari frasa dari Eter 6:9, 12 yang menunjukkan bagaimana bangsa Yared menyatakan kesyukuran mereka kepada Tuhan. Mereka mungkin suka menyanyi, seperti bangsa Yared, lagu yang menyatakan kesyukuran, seperti “Tuhan Kasih Padaku” (Buku Nyanyian Anak-Anak, 16). Minta anak-anak anda untuk beritahu anda hal-hal yang mereka syukuri.
-
Mungkin anak-anak anda boleh membaca Eter 6:30; 7:27; dan 10:2 dan cari apa yang raja-raja soleh ini ingat. Bagaimanakah ia mempengaruhi cara mereka memimpin rakyat mereka? Anda dan anak-anak anda boleh membincangkan cara-cara untuk mengingatkan diri anda tentang apa yang Tuhan telah lakukan untuk anda. Contohnya, mereka boleh menulis tentangnya atau melukis gambar. Anda boleh cadangkan mereka membuat tabiat tetap untuk menulis berkat yang mereka perhatikan daripada Tuhan.
Saya diberkati apabila saya mengikut nabi Tuhan.
-
Mungkin anda dan anak-anak anda boleh melakonkan beberapa hal yang nabi telah ajarkan kita untuk lakukan. Anda juga boleh mengubahnya menjadi satu permainan di mana anda meneka apa yang aksi-aksi itu wakili. Ini boleh menyediakan anak-anak anda untuk bincangkan mengapakah ia penting untuk mengikut nabi Tuhan. Anda kemudian boleh membaca Eter 7:24–27 untuk tahu apa yang berlaku ketika orang-orang mematuhi nabi Tuhan. Bagaimanakah kita diberkati dengan mengikuti nabi hari ini?
Tuhan berbelas kasihan apabila saya bertaubat.
-
Mencari pola ialah satu kemahiran mengkaji tulisan suci yang berguna. Kitab Eter mengandungi pola berulang yang menekankan belas kasihan Tuhan. Untuk membantu anak-anak anda mencari pola ini, jemput mereka untuk membaca Eter 9:28–35 dan Eter 11:5–8, mencari persamaan antara kedua-dua laporan itu. Apakah yang kita pelajari dari cerita-cerita ini? Mungkin mereka boleh mencari gambar dalam Buku Seni Injil tentang orang lain dalam tulisan suci yang bertaubat dan diampuni.