Ikutlah Aku
14–20 Januari. Lukas 2; Matius 2: Kami Datang untuk Menyembah-Nya


“14–20 Januari. Lukas 2; Matius 2: Kami Datang untuk Menyembah-Nya,” Ikutlah Aku—Untuk Individu dan Keluarga: Perjanjian Baru 2019 (2019)

“14–20 Januari. Lukas 2; Matius 2,” Ikutlah Aku—Untuk Individu dan Keluarga: 2019

Orang Majus menjelajah dengan unta

Let Us Adore Him, oleh Dana Mario Wood

14–20 Januari

Lukas 2; Matius 2

Kami Datang untuk Menyembah-Nya

Mulakan dengan membaca Lukas 2 dan Matius 2, serta berikan perhatian kepada sebarang pandangan rohani yang anda terima. Idea-idea pembelajaran di dalam rangka panduan ini dapat membantu anda mengenal pasti beberapa asas yang paling penting dan berkaitan dalam bab-bab ini.

Mencatat Tanggapan Anda

Sejak hari kelahiran-Nya, adalah sangat jelas bahawa Yesus bukanlah kanak biasa. Bukan sahaja bintang baru di langit atau perisytiharan sukacita malaikat yang menjadikan kelahiran Yesus unik. Ia juga disebabkan pelbagai orang yang beriman—dari bangsa, kedudukan, dan latar belakang yang berbeza—segera tertarik kepada-Nya. Bahkan sebelum Dia menyampaikan jemputan-Nya untuk “Ikutlah Aku,” mereka telah datang (Lukas 18:22). Bukan semua orang datang kepada-Nya, semestinya—terdapat banyak yang tidak memberikan Dia perhatian, dan penguasa yang iri hati bahkan cuba mengambil nyawa-Nya. Tetapi yang rendah hati, suci, pencari kesolehan menemui apa yang mereka carikan di dalam-Nya. Kesetiaan mereka mengilhami kita sendiri, untuk “kesukaan besar” dibawakan kepada para gembala adalah untuk “semua orang,” dan “Juruselamat, yang adalah Tuhan Kristus” telah lahir pada hari tersebut untuk semua kita (lihat Lukas 2:10–11).

ikon kajian peribadi

Idea-idea untuk Pengkajian Tulisan Suci Peribadi

Lukas 2:1–7

Yesus Kristus telah dilahirkan dalam keadaan yang sederhana.

Meskipun Yesus Kristus memiliki kemuliaan bersama Tuhan Bapa “sebelum dunia ini ada” (Yohanes 17:5), Dia rela untuk dilahirkan di keadaan yang rendah dan hidup di kalangan kita di bumi. Semasa anda membaca Lukas 2:1–7, apakah yang anda sedar tentang kelahiran-Nya yang sederhana? Cubalah untuk mengenal pasti satu perincian atau pandangan dalam cerita ini yang anda tidak pernah sedar sebelum ini. Apakah yang anda pelajari tentang Juruselamat dari keadaan kelahiran-Nya? Bagaimanakah pandangan-pandangan ini mempengaruhi perasaan anda terhadap-Nya?

Lihat juga video “The Nativity” (LDS.org).

Lukas 2:8–38; Matius 2:1–12

Terdapat banyak saksi tentang kelahiran Kristus.

Kelahiran Kristus ditanda oleh para saksi dan pemuja dari pelbagai—para gembala yang rendah hati yang mengunjungi kandang kuda, orang Majus kaya yang membawa hadiah ke rumah-Nya, seorang balu yang melayani di bait suci, dan seorang pengikut setia yang dengan cermat menunggu kedatangan Mesias. Semasa anda mengkaji cerita mereka, apakah yang anda pelajari tentang cara untuk menyembah dan bersaksi tentang Kristus?

Saksi Kristus

Apakah yang saya pelajari tentang penyembahan dan bersaksi?

Saksi Kristus

Para gembala (Lukas 2:8–20)

Apakah yang saya pelajari tentang penyembahan dan bersaksi?

Saksi Kristus

Simeon (Lukas 2:25–35)

Apakah yang saya pelajari tentang penyembahan dan bersaksi?

Saksi Kristus

Hana (Lukas 2:36–38)

Apakah yang saya pelajari tentang penyembahan dan bersaksi?

Saksi Kristus

Orang-orang Majus (Matius 2:1–12)

Apakah yang saya pelajari tentang penyembahan dan bersaksi?

Lihat juga 1 Nefi 11:13–23; 3 Nefi 1:5–21; “Shepherds Learn of the Birth of Christ” dan “The Christ Child Is Presented at the Temple” (videos, LDS.org).

Matius 2:13–23

Ibu bapa dapat menerima wahyu untuk melindungi keluarga mereka.

Yusuf tidak akan pernah dapat melakukan apa yang dia diperintah untuk lakukan—melindungi Yesus dalam zaman kanak-kanak-Nya—tanpa pertolongan syurga. Seperti orang-orang Majus, dia menerima wahyu yang memberinya amaran tentang bahaya. Semasa anda membaca tentang pengalaman Yusuf, fikirkan tentang bahaya fizikal dan rohani yang semua keluarga hadapi kini. Renungkan pengalaman ketika anda telah merasakan bimbingan Tuhan dalam melindungi anda dan keluarga anda atau orang yang dikasihi. Pertimbangkan untuk berkongsi pengalaman ini dengan orang lain. Apakah yang anda dapat lakukan untuk menerima bimbingan sedemikian di masa akan datang?

Sebagai tambahan, anda boleh pertimbangkan untuk menonton video “The First Christmas Spirit” (LDS.org) untuk gambaran tentang apa yang Yusuf telah rasakan semasa dia menghadapi tanggungjawab untuk menjaga Putera Tuhan.

Lukas 2:40–52

Bahkan semasa masih seorang remaja, Yesus menumpukan dalam melakukan kehendak Bapa-Nya.

Sebagai seorang pemuda, Juruselamat mengajarkan injil dengan penuh kuasa bahkan pengajar di dalam bait suci kagum kepada “pemahaman dan jawapan” Dia (Lukas 2:47). Apakah yang anda pelajari dari ayat-ayat ini tentang Juruselamat semasa seorang pemuda? Bagaimanakah orang muda yang anda kenali cuba untuk menjadi “tentang urusan Bapa [mereka]”? (Lukas 2:49). Bagaimanakah remaja dan kanak-kanak telah membantu anda memperoleh pemahaman yang mendalam tentang injil? Apakah lagi yang anda pelajari dari teladan zaman kanak-kanak Yesus di dalam Lukas 2:40–52 dan di dalam Terjemahan Joseph Smith, Matius 3:24–26 (di dalam Panduan Tulisan Suci)?

Yesus semasa seorang budak bersama para pengajar di bait suci

“Tidakkah kamu tahu, bahawa Aku harus berada di dalam rumah Bapa-Ku? (Lukas 2:49).

Apakah itu Terjemahan Joseph Smith?

Kerana “banyak kebenaran yang jelas dan bernilai” telah hilang dari Alkitab setelah berabad (1 Nefi 13:28; lihat juga Musa 1:41), Tuhan telah memerintahkan Joseph Smith untuk membuat pembaharuan yang diilham dari Alkitab, dikenali sebagai Terjemahan Joseph Smith. Banyak pembaharuan dilakukan oleh Nabi yang disertakan di dalam lampiran Orang Suci Zaman Akhir edisi tulisan suci. Alkitab Raja James edisi OSZA mengandungi nota kaki dengan pembaharuan Nabi. Terjemahan Joseph Smith bagi Matius 24, dikenali sebagai Joseph Smith—Matius, dapat ditemui di dalam Mutiara yang Sangat Berharga. Untuk maklumat lebih, lihat Panduan Tulisan Suci, “Terjemahan Joseph Smith”; “Bible, Inerrancy of,” Gospel Topics, topics.lds.org.

ikon kajian sekeluarga

Idea-idea untuk Pengkajian Tulisan Suci Sekeluarga dan Malam Keluarga

Semasa anda membaca tulisan suci bersama keluarga anda, Roh boleh membantu anda mengetahui asas-asas yang mana untuk menekankan dan membincangkan untuk memenuhi keperluan-keperluan keluarga anda. Berikut ialah beberapa cadangan:

Lukas 2

Jemputlah ahli keluarga untuk memilih seorang yang digambarkan di dalam Lukas 2, bacalah beberapa ayat tentang interaksi orang tersebut dengan Juruselamat, dan kongsi sesuatu yang mereka pelajari yang meningkatkan iman mereka ke atas Yesus Kristus. Nyanyikan bersama “Lagu Dodoi Maria” atau “Lagu Kelahiran Tuhan Yesus,” Buku Nyanyian Anak-Anak, 28-29, 32-33. Apakah yang kita pelajari dari lagu-lagu ini tentang Kelahiran Juruselamat?

Lukas 2:49

Apakah “urusan Bapa” tersebut? (lihat Musa 1:39). Apakah yang kita pelajari tentang urusan tersebut dari cerita dan hal-hal lain Yesus lakukan dan ajarkan sepanjang kehidupan-Nya? Pertimbangkan untuk menulis beberapa cara keluarga anda dapat mengambil bahagian di dalam urusan Bapa dan letakkannya di sebuah balang. Semasa minggu akan datang, ketika keluarga anda mencari cara untuk melakukan pekerjaan Bapa Syurgawi, mereka boleh mencari idea-idea dari balang. Rancang satu masa ketika anda akan berkongsi pengalaman anda.

Lukas 2:52

Apakah yang kita dapat pelajari dari Lukas 2:52 tentang bagaimana Yesus telah bertumbuh di dalam hidup-Nya? Dalam cara apakah ahli keluarga dapat meningkat “dalam kebijaksanaan dan perawakan, dan menyenangkan Tuhan dan manusia”?

Untuk idea-idea lanjut berkenaan mengajar kanak-kanak, lihat rangka panduan minggu ini dalam Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Primer.

Memperbaikkan Kajian Peribadi

Gunakan bantuan pembelajaran tulisan suci. Untuk memperoleh pandangan tambahan semasa anda mengkaji tulisan suci, gunakan sumber seperti nota kaki, Topical Guide, Panduan Tulisan Suci, dan bantuan pembelajaran lain seperti LDS.org dan New Testament Student Manual (Church Educational System manual, 2014).

Maria, Yusuf, dan bayi Yesus

Juruselamat Dunia datang ke bumi dalam keadaan yang sederhana.