Ikutlah Aku
14–20 Januari. Lukas 2; Matius 2: Kami Datang Untuk Menyembah-Nya


“14–20 Januari. Lukas 2; Matius 2: Kami Datang Untuk Menyembah-Nya,” Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Primer: Perjanjian Baru 2019 (2019)

“14–20 Januari. Lukas 2; Matius 2,” Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Primer: 2019

Orang Majus berjalan menggunakan unta

Marilah Kita Puja, oleh Dana Mario Wood

14–20 Januari

Lukas 2; Matius 2

Kami Datang Untuk Menyembah-Nya

Bermula dengan membaca Matius 2 dan Lukas 2. Rangka panduan minggu ini dari Ikutlah Aku—Untuk Individu dan Keluarga boleh membantu anda faham bab-bab ini, dan rangka panduan ini boleh memberi anda idea-idea mengajar.

Mencatat Tanggapan Anda

ikon perkongsian

Jemput Perkongsian

Minta kanak-kanak untuk memberitahu anda apa yang mereka ingat tentang kelahiran Kristus. Apakah bahagian cerita kegemaran mereka?

ikon mengajar

Mengajar Ajaran

Kanak-kanak yang Lebih Kecil

Lukas 2:1-14

Yesus dilahirkan.

Yesus tinggalkan rumah-Nya dengan Bapa Syurgawi untuk dilahirkan di bumi supaya Dia dapat menjadi Juruselamat kita. Bagaimanakah anda dapat membantu kanak-kanak mengingat cerita kelahiran Kristus?

Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian

  • Semasa anda membaca cerita kelahiran Kristus, jemput kanak-kanak untuk buat lakonan tentang cerita ini atau menggunakan halaman aktiviti minggu ini. Lihat juga “Bab 5: Yesus Kristus Dilahirkan,” Kisah-kisah Perjanjian Baru, 13–15, atau video yang berkaitan (LDS.org).

  • Jika ada, bawa set Kelahiran Yesus Kristus dan menjemput kanak-kanak untuk meletakkan patung-patung di tempat yang sesuai ketika anda memberitahu cerita kelahiran Yesus Kristus. Anda juga dapat menunjukkan gambar tentang Kelahiran Yesus Kristus (contohnya, lihat rangka panduan minggu ini dalam Ikutlah Aku—Untuk Individu dan Keluarga). Tunjuk kepada orang lain dalam Kelahiran Yesus Kristus dan menjemput kanak-kanak untuk mengongsi apa yang mereka tahu tentang setiap orang.

  • Nyanyikan bersama lagu-lagu kegemaran kanak-kanak tentang kelahiran Yesus. Ketika anda berbuat demikian, cari kesempatan untuk memberi kesaksian anda tentang Juruselamat dan menjemput kanak-kanak untuk mengongsi kenapa mereka mengasihi Yesus.

Matius 2:1–12

Saya dapat memberi hadiah-hadiah yang baik kepada Yesus.

Lelaki-Lelaki Bijak memberikan Yesus hadiah emas, kemenyan dan mur. Bagaimanakah anda dapat menggunakan cerita ini untuk mengajar kanak-kanak bahawa mereka boleh memberi hadiah kepada Yesus juga—seperti kasih, pelayanan, dan kepatuhan?

Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian

  • Tunjukkan gambar tentang Lelaki-Lelaki Bijak ketika anda mengkaji semula cerita mereka, yang ada di Matius 2:1–12, bersama kanak-kanak. Anda dapat menunjukkan gambar Wise Men Present Gifts (LDS.org).

  • Bungkuskan gambar-gambar atau barang-barang yang mewakili hadiah yang kita boleh berikan kepada Yesus. Jemput kanak-kanak untuk membantu anda membuka hadiah-hadiah dan membincangkan bagaimana kita memberikan hadiah-hadiah ini kepada Juruselamat.

  • Bantu setiap anak melukis atau menulis senarai tentang hadiah-hadiah yang mereka boleh beri Yesus, seperti “menjadi kawan yang baik” atau “berdoa.” Jemput kanak-kanak untuk mengongsi senarai mereka dengan kelas dan memilih satu untuk ikut minggu ini.

Lukas 2:40–52

Yesus pernah kecil dahulu seperti saya.

Belajar tentang zaman kanak-kanak Juruselamat boleh membantu kanak-kanak berkaitan dengan Dia. Tanya kanak-kanak apa yang mereka boleh belajar dari ayat-ayat suci ini tentang bagaimana mereka boleh menjadi seperti Yesus sekarang.

Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian

  • Jemput salah satu remaja di bahagian untuk mengunjungi kelas dan mengongsi cerita tentang Yesus mengajar di bait suci sewaktu Dia seorangbudak.

  • Minta beberapa anak sebelumnya untuk membawa gambar-gambar tentang diri mereka semasa bayi untuk mengongsi. Tanya mereka bagaimana mereka telah membesar. Kongsi beberapa cara yang Yesus membesar (lihat Lukas 2:40, 52). Nyanyikan dengan kanak-kanak “Yesus Pernah Kecil Dahulu,” Buku Nyanyian Anak-Anak, 34, atau lagu yang lain tentang Juruselamat.

  • Baca Lukas 2:52 dan terangkan apa maksudnya “bijaksana” dan “bertambah besar.” Anda mungkin minta kanak-kanak untuk melakukan tindakan yang menunjukkan apa maksudnya bertambah bijaksana dan menyenangkan hati Tuhan mahupun manusia. Contohnya, mereka boleh berlakon membaca buku atau membantu seseorang yang keperluan.

ikon mengajar

Mengajar Ajaran

Kanak-kanak yang Lebih Besar

Lukas 2:1–21; Matius 2:1–2

Nabi-nabi purba bernubuat tentang kelahiran Juruselamat.

Nabi-nabi dan orang yang percaya telah menunggu kelahiran Juruselamat abad-abad lamanya. Memahami kebenaran ini boleh tolong kanak-kanak mendapat kesyukuran yang lebih mendalam untuk kehidupan dan misi Juruselamat.

Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian

  • Minta kanak-kanak untuk bercakap tentang hal-hal yang mereka tidak sabar menunggu, seperti hari jadi atau cuti. Minta kanak-kanak membaca Helaman 14:2–5 untuk mencari sesuatu yang para nabi tidak sabar menunggu.

  • Baca bersama beberapa nubuat tentang kelahiran Juruselamat (lihat Yesaya 7:14; 9:6; 1 Nefi 11:18; Helaman 14:5). Bantu kanak-kanak menyenaraikan maklumat nubuat-nubuat ini dan carikan pengenapan nubuat tersebut di Lukas 2:1–21 dan Matius 2:1–2.

  • Jemput kanak-kanak untuk melukis gambar tentang Nativity dan berkongsi kenapa mereka bersyukur Yesus dilahirkan.

Maria, Yusuf dan Simeon dengan bayi Yesus

Simon Menghormati Kristus ketika Dia Anak Kecil, oleh Greg K. Olsen

Lukas 2:40, 52

Yesus pernah kecil dahulu seperti saya.

Seperti Yesus, kanak-kanak yang anda mengajar perlu bersedia untuk misi yang penting. Apakah yang boleh mereka belajar dari teladan Yesus?

Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian

  • Ketika anda membaca Lukas 2:40, 52, suruh kanak-kanak untuk mendengar untuk hal-hal yang Yesus lakukan. Jemput kanak-kanak untuk mengongsi cara-cara yang mereka telah berkembang semenjak mereka kecil. Kongsi pengalaman anda sendiri tentang belajar Injil sedikit demi sedikit; kemudian memberi kesaksian anda.

  • Lakukan aktiviti-aktiviti yang menggambarkan frasa-frasa di Lukas 2:40, 52. Contohnya, anda boleh mengukur tinggi setiap anak (“Yesus bertambah besar”) atau minta mereka untuk mengongsi ayat suci kegemaran mereka (“menjadi kuat dalam roh”). Bantu kanak-kanak membuat catatan tentang cara-cara yang mereka berkembang dan mengongsi dengan keluarga mereka.

  • Selepas mengkaji semula Lukas 2:40, 52, jemput kanak-kanak untuk mengongsi apa yang mereka fikir tentang Yesus sewaktu Dia seumur dengan mereka. Bagaimanakah Dia akan memperlakukan ibu-Nya? Adik-beradik-Nya?

Lukas 2:41–52

Saya dapat ikut teladan Yesus.

Bahkan sebagai budak, Yesus mengajar para penatua di bait suci. Begitu juga, kanak-kanak di kelas anda mempunyai banyak untuk mengajar orang di keliling mereka.

Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian

  • Jemput seorang anak untuk datang bersedia meringkaskan cerita di Lukas 2:41–52. Untuk membantu kanak-kanak faham cerita ini, ajar apa maksudnya “pelayanan Bapa.” Contohnya, anda boleh memberitahu kanak-kanak tentang kerja ibu bapa anda. Apakah kerja atau “pelayanan” Yusuf, iaitu bapa Yesus di bumi? (Lihat Matius 13:55). Apakah kerja Bapa Syurgawi-Nya? (lihat Lukas 2:46–49; lihat juga Musa 1:39).

  • Bersama kanak-kanak, membaca Lukas 2:46–49 dan bertanya, “Bagaimanakah Yesus melakukan ‘pelayanan’ Bapa-Nya?” Bantu kanak-kanak menyenaraikan atau melukis di papan cara-cara yang mereka boleh tolong melakukan pelayanan Bapa Syurgawi juga.

  • Untuk membantu mengembangkan keyakinan mereka bahawa mereka, seperti Yesus sewaktu Dia kecil, dapat mengajar Injil, bantu mereka berlatih mengajar satu sama lain satu asas dari Untuk Kekuatan Remaja.

ikon pembelajaran

Menggalakkan Pembelajaran di Rumah

Jemput kanak-kanak untuk mengajar keluarga mereka sesuatu yang mereka telah belajar tentang kelahiran Kristus.

Memperbaikkan Pengajaran Kita

Kanak-kanak ingin tahu dan mereka belajar dalam pelbagai cara. Kanak-kanak suka belajar melalui pengalaman yang baru dan berbeza. Gunakan aktiviti-aktiviti yang membantu mereka bergerak, menggunakan deria mereka, menyelidik, dan cuba hal-hal baru. (Lihat Teaching in the Savior’s Way, 25–26.)