“21–27 Januari. Yohanes 1: Kami Sudah Berjumpa dengan Mesias,” Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Primer:Perjanjian Baru 2019 (2019)
“21–27 Januari. Yohanes 1,” Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Primer: 2019
21–27 Januari
Yohanes 1
Kami Sudah Berjumpa dengan Mesias
Apabila anda membaca Yohanes 1, catatkan tanggapan rohani yang anda terima. Rangka panduan minggu ini dalam Ikutlah Aku—Untuk Individu dan Keluarga boleh menolong anda memahami bab ini. Aktiviti berikut yang di cadangkan boleh memberi anda idea bagaimana untuk menolong kanak-kanak belajar asas-asas dalam Yohanes 1. Aktiviti untuk kanak-kanak yang lebih besar boleh disesuaikan, jika diperlukan, untuk kanak-kanak yang lebih kecil.
Mencatat Tanggapan Anda
Jemput Perkongsian
Untuk menolong kanak-kanak berkongsi apa yang mereka tahu tentang Yesus, anda boleh menunjukkan gambar-Nya yang menunjuk Dia memenuhi peranan-Nya seperti yang di jelaskan dalam Yohanes 1. Kemudian minta mereka untuk menjelaskan apa yang sedang berlaku (seperti penciptaan dunia atau mengajar injil).
Mengajar Ajaran
Kanak-kanak yang Lebih Kecil
Yesus tinggal dengan Bapa Syurgawi sebelum Dia dilahirkan.
Yohanes mengajar bahawa Yesus Kristus tinggal bersama Tuhan sebelum pengalaman fana-Nya. Kita juga tinggal bersama Tuhan sebelum kita dilahirkan ( lihat “Keluarga: Suatu Perisytiharan kepada Dunia,“ Ensign atau Liahona, Nov. 2010, 129). Bagaimana anda akan mengajar kanak-kanak kebenaran ini?
Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian
-
Terangkan bahawa “Firman” dalam Yohanes 1:1 merujuk kepada Yesus. Baca ayat itu dengan kuat dan minta kanak-kanak untuk katakan “Yesus” setiap kali anda sebut “Firman.” Tunjukkan lukisan garis Kehidupan Pra-fana (LDS.org). Terangkan bahawa Yesus tinggal dengan Bapa Syurgawi sebelum Dia datang ke dunia.
-
Ajar kepada kanak-kanak bahawa kita juga tinggal dengan Tuhan sebelum kita datang ke dunia. Anda mungkin ingin gunakan “Pendahuluan: Rancangan Bapa Syurgawi Kita,” Kisah-Kisah Perjanjian Baru, 1–5; video berkaitan (LDS.org); atau Panduan Tulisan Suci, “Kehidupan Pra-fana,” scriptures.lds.org.
-
Jemput seorang ibu bapa untuk membawa seorang bayi ke kelas, dan gunakan peluang ini untuk mengajar bahawa kita tinggal dengan Bapa Syurgawi sebelum kita dilahirkan sebagai roh.
Yesus menciptakan segala sesuatu.
Biasanya, ramai kanak-kanak bergembira menjadi sebahagian di antara ciptaan Tuhan. Mengetahui peranan Kristus sebagai Pencipta boleh meningkatkan ketakziman terhadap Dia.
Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian
-
Baca Yohanes 1:3 dengan kanak-kanak, dan tunjukkan gambar dari rangka panduan minggu ini dalam Ikutlah Aku—Untuk Individu dan Keluarga. Tolong kanak-kanak untuk menghafal frasa “Tuhan menjadikan segala sesuatu melalui Dia [Yesus Kristus].”
-
Bawa kanak-kanak untuk berjalan di luar. Berikan kanak-kanak peluang untuk bergilir-gilir menggambarkan satu ciptaan yang mereka nampak, dan minta kelas untuk meneka apa yang digambarkan mereka.
-
Tanya kanak-kanak untuk memikirkan cara mereka boleh menjaga ciptaan di sekeliling mereka (contohnya, menjaga haiwan dengan baik).
Saya boleh menjemput orang lain untuk datang kepada Yesus Kristus dan belajar tentang-Nya.
Yohanes 1 mengandungi laporan para pengikut menjemput orang untuk “Marilah lihat” Yesus Putera Tuhan. Anak kecil pun boleh mengikut contoh ini.
Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian
-
Terangkan bagaimana Yohanes mengajar Andreas tentang Yesus, dan bagaimana pula Andreas mengajar Petrus (lihat Yohanes 1:35–42). Kongsi bagaimana anda mengetahui tentang Gereja, atau jemput seorang ahli baru untuk berkongsi bagaimana mereka mengetahui tentang Gereja.
-
Kongsikan cerita Filipus menjemput Natanael untuk “marilah lihat” (Yohanes 1:43–51). Sorokkan satu gambar Yesus dalam kotak, dan jemput seorang kanak-kanak untuk “marilah lihat” kotak itu dan minta dia untuk beritahu kanak-kanak lain apa yang dia nampak.
-
Benarkan kanak-kanak untuk mewarnai halaman aktiviti minggu ini dan galakkan mereka untuk menggunakannya bagi menjemput seorang untuk belajar tentang Yesus.
-
Minta seorang kanak-kanak untuk bercerita tentang masa dia berkongsi sesuatu, seperti mainan atau hadiah dengan seseorang. Bagaimana kita boleh kongsi injil? Beritahu satu cerita tentang seorang kanak-kanak yang kongsi injil dengan seorang kawan, seperti cerita Elder M. Russell Ballard’s dan ceritanya tentang Joshua (“Following Up,” Ensign atau Liahona, Mei 2014, 78–81).
Mengajar Ajaran
Kanak-kanak yang Lebih Besar
Yesus Kristus tinggal dengan Bapa Syurgawi sebelum Dia dilahirkan.
Sebelum kelahiran-Nya, Yesus Kristus memainkan peranan penting dalam rancangan Bapa Syurgawi. Apabila anda membaca Yohanes1:1–5, apa yang menarik hati anda tentang kerja pra-fana Kristus?
Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian
-
Tanya kanak-kanak sama ada mereka mengetahui apa-apa yang dilakukan Yesus sebelum Dia dilahirkan. Jemput mereka untuk mencari jawapan dalam Yohanes 1:1–5. Ia mungkin menolong anda untuk melihat dalam Terjemahan Joseph Smith, Yohanes 1:1–5 (dalam Lampiran Terjemahan Joseph Smith).
-
Kongsikan “Pendahuluan: Rancangan Bapa Syurgawi Kita,” Kisah-Kisah Perjanjian Baru, 1–5, dengan kanak-kanak atau tunjukkan video yang berkaitan di (LDS.org). Tanya kanak-kanak apa yang mereka belajar tentang Yesus Kristus.
-
Jemput beberapa kanak-kanak untuk datang ke kelas dengan bersedia dan membawa sesuatu yang mereka telah cipta untuk ditunjukkan kepada kelas. Tunjukkan beberapa gambar ciptaan Tuhan, dan gunakan Yohanes 1:3 untuk menerangkan yang Yesus menciptakan segala sesuatu.
Yesus Kristus ialah cahaya saya.
Simbolisme cahaya boleh menolong kanak-kanak memahami Juruselamat dan injil-Nya. Bagaimana anda boleh mengilhami kanak-kanak untuk mencari cahaya Juruselamat apabila dunia kelihatan gelap?
Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian
-
Jemput kanak-kanak untuk membaca Mazmur 27:1; Yohanes 1:4–9; Mosia 16:9; dan Ajaran dan Perjanjian 39:1–2, dan mencari frasa yang sama dalam ayat suci tersebut. Bagaimanakah Yesus Kristus seperti cahaya?
-
Tunjukkan gambar Yesus Kristus dan beberapa objek yang menghasilkan cahaya, seperti lampu suluh. Bagaimanakah Yesus Kristus seperti objek tersebut? Bagaimanakah kita boleh kongsi cahaya-Nya dengan orang lain? Nyanyikan bersama “Tuhan Terangku,” Nyanyian Rohani, no. 20, atau satu lagi lagu tentang cahaya injil.
-
Tanya kanak-kanak apa yang mereka lakukan apabila mereka dalam kegelapan dan rasa takut. Berikan kesaksian bahawa mereka sentiasa boleh berpaling kepada Juruselamat apabila mereka rasa takut.
Sebagai pengikut Yesus Kristus, saya menjemput orang lain untuk mengikuti-Nya.
Pertimbangkan bagaimana anda boleh menggunakan contoh dalam Yohanes 1:35–51 untuk menggalakkan kanak-kanak untuk menjemput orang lain untuk belajar tentang Juruselamat.
Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian
-
Tolong kanak-kanak untuk mencari dalam Yohanes 1:35–51 perkara yang disebut untuk menjemput orang ramai belajar tentang Juruselamat. Biar mereka berlatih apa yang mereka akan katakan untuk menjemput kawan untuk belajar tentang Dia.
-
Minta kanak-kanak untuk menggunakan halaman aktiviti minggu ini untuk membuat suatu jemputan yang mereka boleh gunakan untuk menjemput seorang kawan atau ahli keluarga untuk belajar lebih lanjut tentang Yesus Kristus.
-
Berikan kanak-kanak peluang untuk berkongsi kepada kelas sesuatu yang mereka sayangi. Tolong kanak-kanak untuk melihat bagaimana berkongsi injil boleh menjadi seperti berkongsi perkara yang kita sayangi. Anda mungkin ingin tunjukkan video “Good Things to Share” (LDS.org).
Menggalakkan Pembelajaran di Rumah
Galakkan kanak-kanak untuk menjemput seseorang yang mereka sayangi untuk belajar lebih lanjut tentang Yesus Kristus.