Ikutlah Aku
7–13 Januari. Matius 1; Lukas 1: ‘Biarlah Berlaku Kepadaku seperti yang Engkau Katakan’


“7–13 Januari. Matius 1; Lukas 1: ‘Biarlah Berlaku Kepadaku seperti yang Engkau Katakan’” Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Primer: Perjanjian Baru 2019 (2019)

“7–13 Januari. Matius 1; Lukas 1,” Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Primer: 2019

Maria dan Elisabeth

7–13 Januari

Matius 1; Lukas 1

“Biarlah Berlaku Kepadaku seperti yang Engkau Katakan”

Mula dengan membaca Matius 1 dan Lukas 1. Ikutlah Aku—Untuk Individu dan Keluarga boleh membantu anda memahami bab-bab ini, dan rangka panduan ini boleh memberi anda idea-idea pengajaran. Jika anda perlu bantuan mengajar kanak-kanak lebih kecil, lihat “Meeting the Needs of Younger Children” di permulaan sumber ini.

Mencatat Tanggapan Anda

ikon perkongsian

Jemput Perkongsian

Minta kanak-kanak duduk berbulat, dan minta satu anak untuk mengongsi sesuatu yang dia telah belajar dari kitab suci minggu ini atau pada masa yang lain. Anak itu boleh menggolekkan bola atau tunjuk kepada anak yang lain di bulatan, yang akan mengambil giliran untuk berkongsi.

ikon pengajaran

Mengajar Ajaran

Kanak-kanak yang Lebih Kecil

Matius 1:18–25; Lukas 1:26–38

Malaikat-malaikat mengumumkan kelahiran Yesus.

Maria dan Yusuf dikunjungi oleh malaikat yang mengumumkan kelahiran Yesus Kristus. Pengalaman-pengalaman ini boleh membantu kanak-kanak melihat betapa pentingnya kelahiran Kristus.

Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian

  • Jemput ibu bapa seseorang anak untuk datang ke kelas berpakaian seperti Maria dan Yusuf. Minta mereka untuk mengongsi pengalaman sebagaimana dicatatkan di Matius 1:18–25 dan Lukas 1:26–38.

  • Beritahu cerita tentang malaikat-malaikat muncul kepada Maria dan Yusuf, sebagaimana dicatatkan di ayat-ayat suci ini. (Lihat juga “Bab 2: Maria dan Malaikat” dan “Bab 4: Yusuf dan Malaikat,” Kisah-Kisah Perjanjian Baru, 8–9, 12, atau video-video yang berkaitan di LDS.org.) Anda boleh menunjukkan gambar di rangka panduan minggu ini dalam Ikutlah Aku—Untuk Individu dan Keluarga. Jemput kanak-kanak untuk mengulangi cerita itu kepada anda.

  • Jemput kanak-kanak untuk melukis gambar tentang cerita-cerita yang dijumpai di Matius 1:18–25 dan Lukas 1:26–38.

Lukas 1:5–20, 57–63

Bapa Syurgawi menjawab doa-doa saya.

Zakharia dan Elisabet telah berdoa untuk menerima anak bertahun-tahun lamanya. Akhirnya Bapa Syurgawi menjawab doa-doa mereka dengan menghantar mereka seorang anak lelaki, Yohanes Pembaptis. Bagaimanakah anda dapat menggunakan cerita ini untuk mengajar kanak-kanak bahawa Bapa Syurgawi menjawab doa?

Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian

  • Dalam kata anda sendiri, kongsi cerita dari Lukas 1:5–20, 57–63. Anda mungkin ingin mengulangi cerita itu beberapa kali. Tugaskan kanak-kanak untuk main peranan malaikat, Zakharia, dan Elisabet dan berlakon menurut cerita. Tekankan bahawa Bapa Syurgawi menjawab doa-doa Elisabet dan Zakharia, dan mengongsi pengalaman di mana Bapa Syurgawi menjawab doa anda.

  • Gunakan “Kita Tundukkan Kepala,” Buku Nyanyian Anak-Anak, 18, atau nyanyian yang lain untuk mengajar kanak-kanak bagaimana untuk berdoa. Anda boleh juga bernyanyi bersama “Doa Seorang Anak,” Buku Nyanyian Anak-Anak, 9. Setiap kali kanak-kanak nyanyikan kata-kata “berdoa” atau “doa,” menjemput mereka untuk menundukkan kepala dan berpeluk tubuh mereka.

  • Minta setiap anak untuk melakukan tindakan yang mewakili sesuatu yang dia dapat berdoa. Biarkan kanak-kanak yang lain untuk meneka apa yang tindakan-tindakan itu mewakili. Mereka dapat mencari idea di halaman aktiviti minggu ini.

Lukas 1:31–35

Yesus Kristus ialah Putera Tuhan.

Yesus Kristus ialah Putera Bapa Syurgawi dan Maria. Apakah yang dapat anda lakukan untuk membantu kanak-kanak belajar lebih tentang Dia?

Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian

  • Beritahu kanak-kanak bahawa malaikat yang memberitahu Maria bahawa bayinya akan dipanggil Putera Tuhan (lihat Lukas 1:35). Bantu kanak-kanak mengulangi frasa “Yesus Kristus adalah Putera Tuhan.” Bantu kanak-kanak memahami siapa ibu bapa Yesus dengan menjemput mereka untuk melukis gambar ibu bapa mereka sendiri. Ketika mereka melakukan ini, beritahu mereka bahawa Yesus mempunyai ibu bapa juga—Maria dan Bapa Syurgawi. Tambahan, Yusuf diminta melindungi dan menjaga Yesus semasa Dia hidup di bumi.

  • Kongsi kesaksian anda bahawa kerana Yesus adalah Putera Tuhan, Dia dapat mati untuk dosa-dosa kita dan hidup kembali. Tunjukkan gambar-gambar Penyaliban dan Kebangkitan Yesus (lihat Buku Seni Injil, nos. 5759).

ikon pengajaran

Mengajar Ajaran

Kanak-kanak yang Lebih Besar

Matius 1:18–25; Lukas 1:5–37

Bagi Tuhan tiada perkara yang mustahil.

Kelahiran Yesus dan Yohanes Pembaptis hanya mungkin melalui kuasa Tuhan. Belajar tentang mukjizat-mukjizat ini dapat memperkukuh iman kanak-kanak bahawa Tuhan mempunyai kuasa untuk melalukan mukjizat dalam kehidupan mereka.

Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian

  • Ketika anda dan kanak-kanak mengkaji semula Matius 1:18–25 dan Lukas 1:5–37, tanya kanak-kanak soalan seperti “Apakah yang kamu akan berkata jika kamu Maria?” atau “Bagaimanakah kamu rasa jika kamu Zakharia?”

  • Dalam kata sederhana, beritahu cerita-cerita kelahiran Yohanes Pembaptis dan Yesus Kristus. Minta kanak-kanak untuk mengangkat tangan apabila mereka dengar sesuatu yang mungkin nampak mustahil tanpa kuasa Tuhan. Apakah cerita-cerita yang lain boleh kanak-kanak kongsi di mana Tuhan melakukan sesuatu yang nampaknya mustahil?

  • Bantu kanak-kanak menghafal Lukas 1:37. Untuk melakukan ini, anda boleh tulis ayat suci di papan dan menjemput kanak-kanak untuk mengulanginya beberapa kali. Selepas setiap ulangan, padam satu perkataan.

Matius 1:21–25; Lukas 1:30–35, 46–47

Yesus Kristus ialah Putera Tuhan.

Yesus Kristus ialah Putera Bapa Syurgawi dan Maria. Bagaimanakah anda dapat membantu kanak-kanak belajar kebenaran ini?

Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian

  • Minta kanak-kanak untuk membaca Lukas 1:30–35, mencari jawaban untuk soalan-soalan ini: “Siapakan ibu Yesus?” dan “Siapakah Bapa Yesus?” Bantu mereka faham bahawa Yesus Kristus adalah satu-satunya orang yang bapanya yang jasmani adalah Bapa Syurgawi (lihat juga 1 Nefi 11:18–21).

  • Ketika anda membaca ayat-ayat suci ini, menjemput kanak-kanak untuk mencari nama atau gelaran Yesus Kristus. Apakah ertinya nama-nama ini, dan apakah yang nama-nama ini mengajar kita tentang Yesus?

  • Kongsi kesaksian anda tentang Yesus Kristus, dan menjemput kanak-kanak untuk mengongsi kesaksian mereka.

Gabriel muncul kepada Maria

Pengisytiharan, oleh John Scott

Lukas 1:5–25, 57–80

Bapa Syurgawi mendengar dan menjawab doa-doa saya.

Tuhan menjawab doa tetapi bukan selalu dalam cara yang kita harapkan. Bagaimanakah anda dapat menggunakan cerita Zakharia dan Elisabet untuk mengajar kanak-kanak kebenaran ini?

Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian

  • Tanyakan kanak-kanak apa yang mereka akan berkata kepada seseorang yang telah berdoa untuk berkat tetapi belum menerimanya. Jemput mereka untuk berfikir tetang soalan ini ketika mereka membaca bersama Lukas 1:5–25, 57–80. (Lihat juga “Bab 1: Elisabet dan Zakharia” dan “Bab 3: Yohanes Pembaptis Lahir,” Kisah-Kisah Perjanjian Baru, 6–7, 10–11, atau video-video berkaitan di LDS.org.) Apakah yang Zakharia dan Elisabet mungkin beritahu seseorang yang merasa bahawa doa dia tidak dijawab?

  • Jemput beberapa anak sebelumnya untuk mengongsi pengalaman bila Bapa Syurgawi telah menjawab doa mereka. Kongsi pengalaman di mana anda rasa doa anda telah dijawab dalam cara yang tidak dijangka.

  • Jemput kanak-kanak untuk melukis gambar tentang masa bila Bapa Syurgawi menjawab doa—terutamanya doa mereka sendiri. Biarkan mereka kongsi lukisan mereka dengan kelas.

ikon pembelajaran

Menggalakkan Pembelajaran di Rumah

Jemput kanak-kanak untuk mengongsi dengan keluarga mereka gambar-gambar yang mereka lukis dan minta ahli-ahli keluarga mereka untuk mengongsi pengalaman bila Tuhan telah menjawab doa-doa mereka.

Memperbaikkan Pengajaran Kita

Bantu kanak-kanak muda untuk belajar dari kitab suci. Untuk membantu kanak-kanak muda belajar dari kitab suci, memberi tumpuan pada satu ayat suci atau satu frasa yang penting. Anda mungkin menjemput kanak-kanak untuk berdiri atau mengangkat tangan mereka apabila mereka dengar perkataan atau frasa yang penting itu. (Lihat Teaching in the Savior’s Way, 21.)