Ikutlah Aku
31 Disember–6 Januari. Kita Bertanggungjawab Untuk Pembelajaran Diri Sendiri


“31 Disember–6 Januari. Kita Bertanggungjawab Untuk Pembelajaran Diri Sendiri,” Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Primer: Perjanjian Baru 2019 (2019)

“31 Disember–6 Januari. Kita Bertanggungjawab Untuk Pembelajaran Diri Sendiri” Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Primer: 2019

Imej
Sebuah keluarga sedang melihat album gambar foto

31 Disember–6 Januari

Kita Bertanggungjawab Untuk Pembelajaran Diri Sendiri

Ketika anda membaca tulisan-tulisan suci dalam rangka panduan ini, catatkan sebarang tanggapan rohani yang anda perolehi. Anda akan perhati bahawa setiap rangka panduan dalam buku panduan ini mempunyai aktiviti-aktiviti untuk kanak-kanak yang lebih kecil dan kanak-kanak yang lebih besar, namun anda boleh ubahsuaikan apa pun aktiviti untuk kelas anda.

Mencatat Tanggapan Anda

Imej
ikon perkongsian

Jemput Perkongsian

Di permulaan setiap kelas, berikan kanak-kanak peluang untuk kongsikan apa yang mereka pelajari tentang Injil. Contohnya, minggu ini anda boleh menjemput mereka untuk kongsikan cerita kegemaran mereka mengenai Yesus Kristus.

Imej
ikon pengajaran

Mengajar Ajaran

Kanak-kanak yang Lebih Kecil

Yesus Kristus ingin saya mengikut Dia.

Anda dan kanak-kanak kelas anda akan membaca banyak cerita daripada kehidupan Yesus Kristus tahun ini. Bantu kanak-kanak faham bahawa kita pelajari cerita-cerita ini supaya kita boleh mengikut teladan sempurna Yesus Kristus dengan lebih baik.

Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian

  • Baca jemputan Juruselamat, “Ikutlah Aku,” yang didapati dalam Lukas 18:22. Mainkan satu permainan di mana satu kanak melakukan satu aksi dan kemudian beritahu kanak-kanak lain, “Ikutlah Aku.” Jemput kanak-kanak lain untuk ulangi aksi itu.

  • Tunjukkan gambar-gambar orang yang mengikut Juruselamat melalui pelbagai cara, ketika pelayanan fana Dia dan hari ini. Anda dapat cari gambar-gambar dalam Buku Seni Injil atau majalah-majalah Gereja. Anda juga boleh tunjukkan video “Light the World” (LDS.org). Biarkan kanak-kanak mengenalpasti bagaimana orang mengikut Juruselamat.

  • Bantu kanak-kanak untuk fikirkan perkara-perkara yang mereka sedang lakukan untuk mengikut Juruselamat. Nyanyikan “Sejak Kecil Ku Mencari Tuhan,” Buku Nyanyian Anak-Anak, 67, mungkin dapat memberikan mereka idea. Benarkan kanak-kanak melukis gambar diri melakukan perkara-perkara tersebut.

Kitab-kitab suci adalah benar.

Kanak-kanak boleh memperoleh kesaksian bahawa kitab suci adalah benar sebelum mereka boleh membaca. Apabila anda mengkaji tulisan suci bersama kanak-kanak tahun ini, anda dapat membantu mereka ketahui untuk diri sendiri bahawa kitab suci adalah benar.

Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian

  • Jemput kanak-kanak untuk beritahu hadiah-hadiah kegemaran yang mereka telah terima di hari jadi atau sempena lain. Bawa satu jilid kitab suci yang telah dibungkus dengan kertas hadiah, benarkan seorang kanak membukanya, dan bersaksi bahawa kitab suci merupakan kurniaan Tuhan untuk kita.

  • Tunjukkan kepada kanak-kanak beberapa buku yang mempunyai cerita-cerita fiksyen, dan tanyakan mereka cerita kegemaran mereka. Tunjukkan kepada mereka kitab suci, dan berikan saksi bahawa kitab suci mengandungi firman Tuhan kepada kita dan ia mengandungi kisah orang yang hidup sebelum ini dan peristiwa-peristiwa yang telah berlaku.

  • Kongsikan mesej yang terdapat dalam 2 Timotius 3:15 dan Moroni 10:3–5, bantu kanak-kanak mengulangi beberapa frasa. Bantu mereka untuk faham bahawa mereka boleh tahu kebenaran kitab suci untuk diri sendiri.

  • Sembunyikan satu gambar Juruselamat, dan berikan kanak-kanak petunjuk untuk membantu mereka mencarinya. Bantu kanak-kanak faham bagaimana pengajian kitab suci dapat membantu kita mengenali Yesus Kristus. Benarkan kanak-kanak mengambil giliran untuk menyembunyikan gambar dan memberikan petunjuk kepada kanak-kanak lain.

  • Nyanyikan bersama “Sejak Kecil Ku Mencari Tuhan” dan “Cari, Renungkan, dan Berdoa,” Buku Nyanyian Anak-Anak, 66–67, dan bantu kanak-kanak menciptakan aksi-aksi yang padan dengan kata-kata lagu itu. Kongsikan dengan kanak-kanak satu atau dua ayat suci kegemaran anda, dan beritahu mereka bagaimana anda mendapat tahu bahawa kitab suci adalah benar. Jika kanak-kanak mempunyai ayat suci atau kisah kegemaran dari kitab suci, jemput mereka untuk kongsikan.

Imej
budak lelaki membaca kitab suci

Kanak-kanak boleh peroleh kesaksian sendiri akan kebenaran tulisan suci.

Imej
ikon pengajaran

Mengajar Ajaran

Kanak-kanak yang Lebih Besar

Yesus Kristus inginkan saya belajar mengenai Dia dan mengikut Dia.

Fikirkan bagaimana anda telah mengenali Yesus Kristus. Apakah yang anda boleh lakukan untuk membantu kanak-kanak belajar mengenai-Nya dan mengikut Dia?

Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian

  • Jemput kanak-kanak untuk berkongsi berkenaan seorang rakan rapat yang mereka kenali dan jelaskan bagaimana orang ini menjadi rakan mereka. Baca dan bincangkan Yohanes 5:39 dan Yohanes 14:15 untuk mencari cara-cara kita dapat berasa rapat dengan Yesus. Minta kanak-kanak untuk kongsikan ketika-ketika mereka berasa rapat kepada Dia.

  • Bawa kelas anda untuk berjalan di sekeliling bangunan Gereja. Jemput kanak-kanak untuk angkat tangan apabila mereka melihat sesuatu ketika dalam perjalanan yang mengingatkan mereka satu cara bagaimana mereka boleh mengikut Juruselamat (contohnya seperti kolam pembaptisan atau satu gambar).

  • Nyanyikan dengan kanak-kanak “Ikut Aku,” Nyanyian Rohani, no. 43. Jemput kanak-kanak untuk kongsikan masa-masa mereka telah mengikut teladan Juruselamat.

Saya boleh mengkaji kitab suci untuk diri sendiri.

Ketika anda membaca ayat suci bersama kanak-kanak dan bertanyakan mereka soalan-soalan, anda boleh meningkatkan keyakinan mereka bahawa mereka dapat belajar daripada kitab suci dan memperoleh pengetahuan yang berharga.

Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian

  • Baca dengan lantang Yohanes 5:39 dan Kisah Rasul-Rasul 17:10–11, dan tanyakan mereka apa yang mereka telah pelajari berkenaan bagaimana untuk mengkaji tulisan suci.

  • Pilih beberapa ayat suci yang mudah, dan berkuasa dari Perjanjian Baru, tuliskan setiap ayat di atas sekeping kertas, dan sembunyikan kertas-kertas tersebut. Ciptakan beberapa petunjuk yang akan membimbing kanak-kanak dalam permainan “mencari harta karun” dalam bilik atau bangunan gereja untuk mencarikan ayat-ayat suci itu. Setelah mereka menjumpai setiap ayat suci, bincangkan makna tulisan suci itu dan bagaimanakah ia satu harta karun.

  • Kongsikan beberapa ayat suci yang penting bagi anda dan mengapa ia berharga. Secara satu kelas, kumpulkan satu senarai ayat suci berharga yang kanak-kanak dapati dalam Perjanjian Baru tahun ini—di rumah atau ketika Sekolah Primer.

  • Bincangkan dengan kanak-kanak berkenaan mengapa ia kadangkala susah untuk membaca kitab suci. Minta kanak-kanak untuk berkongsi nasihat dengan satu sama lain berkenaan pengajian kitab suci. Minta mereka juga untuk kongsikan pengalaman-pengalaman positif yang dialami dengan kitab suci.

  • Bantu kanak-kanak menciptakan kalendar mudah yang mereka boleh gunakan untuk menanda kekerapan mereka membaca kitab suci. Kalendar-kalendar ini akan menjadi peringatan kepada mereka untuk membaca kitab suci setiap hari.

Saya memerlukan kesaksian sendiri.

Kanak-kanak yang anda ajar akan memerlukan kesaksian mereka sendiri dan jika mereka ingin kekalkan iman yang kuat apabila menghadapi cabaran. Apakah yang anda boleh lakukan untuk mengilhami mereka supaya mereka belajar kebenaran itu untuk diri sendiri?

Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian

  • Kongsikan cerita mengenai sepuluh anak dara (lihat Matius 25:1–13; lihat juga “Bab 47: Sepuluh Gadis,” Kisah-Kisah Perjanjian Baru, 118–20, atau video berkaitan di LDS.org). Tanyakan kanak-kanak: Bagaimanakah kesaksian-kesaksian kita bagaikan pelita? Mengapakah ia penting untuk memperoleh kesaksian sendiri?

  • Bincangkan apa yang kita boleh lakukan untuk memperkukuhkan kesaksian-kesaksian kita. Untuk idea-idea, jemput kanak-kanak untuk mengkaji Yohanes 7:17 dan Moroni 10:3–5. Jemput mereka untuk kongsikan perkara-perkara yang mereka tahu adalah benar.

  • Suruh kanak-kanak untuk membantu anda melabelkan blok pembinaan dengan frasa-frasa yang menghuraikan perkara yang kita lakukan untuk mengukuhkan kesaksian, contohnya berdoa. Benarkan kanak-kanak membina sesuatu yang melambangkan kesaksian dengan menggunakan blok-blok tersebut.

Imej
ikon pembelajaran

Menggalakkan Pembelajaran di Rumah

Bagaimanakah anda boleh menggalakkan kanak-kanak dan ibu bapa mereka belajar dari Perjanjian Baru di rumah? Contohnya, anda boleh menggalakkan kanak-kanak menghafal satu ayat suci yang telah dibincangkan di dalam kelas (ia mungkin dapat membantu mereka dengan membahagikan ayat suci itu kepada frasa-frasa yang pendek) dan kongsikan ayat-ayat itu dengan keluarga mereka.

Memperbaikkan Pengajaran Kita

Ubahsuaikan aktiviti-aktiviti untuk umur kanak-kanak yang anda ajar. Kanak-kanak yang lebih kecil memerlukan penjelasan yang terperinci dan belajar dari cara pengajaran yang pelbagai. Apabila kanak-kanak menjadi lebih matang mereka dapat menyumbang lebih dan mungkin dapat berkongsikan pendapat dengan lebih baik. Berikan mereka peluang untuk berkongsi, bersaksi, dan mengambil serta, dan berikan bantuan jika diperlukan. (Lihat Teaching in the Savior’s Way, 25–26.)

Cetak