Ikutlah Aku
Suatu Pola untuk Mengajar


“Suatu Pola untuk Mengajar,” Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Primer: Perjanjian Baru 2019 (2019)

“Suatu Pola untuk Mengajar,” Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Primer: 2019

Sekolah Primer

Suatu Pola untuk Mengajar

Dalam sumber ini, anda akan mendapati pola berulang berikut di setiap rangka panduan: jemput perkongsian, mengajar ajaran, dan menggalakkan pembelajaran di rumah. Dalam banyak kes, semasa anda mengajar, elemen dalam pola ini mungkin bertindih atau muncul dalam susunan yang berlainan. Contohnya, pertimbangkan bahawa berkongsi adalah peluang untuk mengajar ajaran, dan mengajar ajaran harus melibatkan jemputan untuk berkongsi. Sedemikian juga, menggalakkan pembelajaran di rumah dapat berlaku sepanjang perbincangan kelas. Izinkan pertindihan ini untuk terjadi secara semula jadi, ikuti bisikan Roh untuk memenuhi keperluan kanak-kanak yang anda ajari.

ikon perkongsian

Jemput Perkongsian

3:15

Sebagai sebahagian daripada kelas, jemputlah kanak-kanak untuk berkongsi perasaan mereka, pandangan, dan pengalaman tentang asas-asas di dalam rangka panduan ini. Komen mereka boleh termasuk pengalaman mereka miliki sewaktu mempelajari di dalam rumah. Anda juga boleh menyemak kembali apa yang mereka telah pelajari minggu lepas dan bertanya bagaimana ia telah mempengaruhi kehidupan mereka.

Ikon pengajaran

Mengajar Ajaran

Ikutlah Aku—Untuk Individu dan Keluarga dapat membantu anda memahami ajaran yang akan anda ajarkan kepada kanak-kanak. Pertimbangkan ayat tulisan suci, penyataan, pengalaman, soalan, dan sumber lain yang anda boleh kongsi untuk membantu kanak-kanak belajar dan bertindak atas asas-asas Injil. Carilah cara kreatif untuk membantu mereka menjadi teruja tentang apa yang mereka pelajari.

ikon pembelajaran

Menggalakkan Pembelajaran di Rumah

Kerana rumah adalah pusat pembelajaran injil, salah satu objektif anda sebagai pengajar Sekolah Primer adalah untuk menggalakkan pembelajaran di rumah. Bagaimanakah anda dapat membantu kanak-kanak berkongsi bersama keluarga mereka apa yang mereka telah pelajari di dalam kelas? Bagaimanakah anda dapat menggalakkan kanak-kanak dan ibu bapa mereka untuk berterusan mempelajari Perjanjian Baru di rumah?