Ikutlah Aku
Menggunakan Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Primer


“Menggunakan Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Primer,Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Primer: Perjanjian Baru 2019 (2019)

“Menggunakan Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Primer,Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Primer: 2019

Sekolah Primer

Menggunakan Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Primer

Persediaan untuk Mengajar dalam Sekolah Primer

Rumah haruslah menjadi pusat pembelajaran Injil. Ini ternyata bagi anda dan kanak-kanak yang anda ajar. Apabila anda bersedia untuk mengajar, bermulalah dengan memperoleh pengalaman peribadi dalam ayat suci. Persediaan yang paling penting akan berlaku apabila anda mencari inspirasi daripada Roh Kudus.

Ikutlah Aku—Untuk Individu dan Keluarga juga memainkan peranan penting dalam persediaan anda. Ia akan membantu anda memperoleh pemahaman yang lebih mendalam berkenaan asas-asas ajaran yang didapati dalam kitab suci.

Ketika membuat persediaan, idea dan tanggapan akan datang berkenaan kanak-kanak yang anda ajari. Anda akan menerima pemahaman berkenaan bagaimana asas-asas yang didapati dalam tulisan suci dapat memberkati kehidupan mereka. Anda akan dipandu untuk mengilhami mereka menerokai asas-asas tersebut apabila mereka belajar dari tulisan suci dengan sendiri dan bersama keluarga mereka. Jangan lupa untuk peka terhadap kanak-kanak yang keluarganya tidak menyokong pengajian kitab suci yang kerap.

Idea-idea Pengajaran

Apabila anda bersedia untuk mengajar, anda mungkin peroleh ilham tambahan melalui penerokaan rangka panduan dalam sumber ini. Jangan fikirkan idea-idea ini sebagai arahan langkah demi langkah tetapi sebagai cadangan-cadangan untuk memperoleh ilham sendiri. Anda kenali kanak-kanak, dan Tuhan kenali mereka juga—termasuklah apa yang mereka perlukan dan apa yang mereka dapat fahami. Dia akan mengilhami anda cara yang terbaik untuk mengajar dan memberkat kanak-kanak kelas anda.

Anda mempunyai banyak sumber lain yang boleh didapati untuk persediaan anda, termasuklah idea-idea dalam Ikutlah Aku—Untuk Individu dan Keluarga dan majalah-majalah Gereja. Untuk maklumat lanjut berkenaan berikut dan sumber-sumber lain, lihat “Sumber-sumber Tambahan Untuk Mengajar Kanak-kanak.”

Peringatan

  • Ibu bapa mempunyai tanggungjawab utama untuk mengajar anak-anak mereka. Sebagai guru, anda punyai tanggungjawab yang penting untuk menyokong, menggalak, dan membantu pembelajaran injil di rumah. Peka terhadap kanak-kanak di mana ibu bapanya tidak mengajarkan injil di dalam rumah mereka. Libatkan semua kanak-kanak dalam perbincangan injil tanpa mengira keadaan di rumah mereka.

  • Pengulangan merupakan sesuatu yang baik. Kanak-kanak belajar kebenaran Injil dengan lebih berkesan apabila kebenaran itu diajar dengan berulang melalui pelbagai aktiviti. Jika anda mendapati satu aktiviti pembelajaran amat berkesan bagi kanak-kanak, pertimbangkan untuk mengulangnya, terutamanya jika anda mengajar kanak-kanak yang lebih kecil. Anda juga mungkin dapat mengulang aktiviti dari pelajaran sebelumnya.

  • Bapa Syurgawi inginkan anda berjaya sebagai seorang pengajar. Dia telah menyediakan pelbagai sumber supaya anda berjaya, termasuklah pertemuan majlis pengajar. Di pertemuan-pertemuan ini anda dapat memperoleh nasihat daripada pengajar lain berkenaan cabaran-cabaran yang mungkin anda hadapi. Anda juga boleh bincangkan dan melatih gunakan asas-asas pengajaran seperti Kristus.

  • Jika anda mengajar kanak-kanak yang lebih kecil dan memerlukan bantuan tambahan, lihat “Memenuhi Keperluan Kanak-kanak yang Lebih Kecil” dalam sumber ini.

  • Sumber ini termasuk rangka-rangka panduan bagi setiap minggu dalam satu tahun kecualilah dua hari Ahad ketika persidangan umum diadakan. Pada hari-hari Ahad di mana Sekolah Primer tidak dijalankan kerana persidangan pancang atau sebarang sebab lain, keluarga-keluarga mungkin membaca Perjanjian Baru di rumah sepertimana dirangka dalam jadual. Agar kelas Sekolah Primer mengikut jadual, anda mungkin tinggalkan satu ajaran atau menggabungkan dua ajaran. Untuk mengelakkan kekeliruan, presiden-presiden Sekolah Primer mungkin ingin menasihat pengajar-pengajar berkenaan pengubahan itu sebelumnya.

seorang ibu membantu kanak-kanak