Ikutlah Aku
Anda Seorang Pengajar Kanak-kanak


“Anda Seorang Pengajar Kanak-kanak,” Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Primer: Perjanjian Baru 2019 (2019)

“Anda Seorang Pengajar Kanak-kanak,” Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Primer: 2019

Yesus dengan kanak-kanak kecil

Anda Seorang Pengajar Kanak-kanak

Anda telah dipanggil oleh Tuhan untuk mengajar anak-anak-Nya dalam cara Juruselamat. Anda telah ditetapkan untuk panggilan ini oleh wewenang imamat kudus-Nya. Walaupun anda bukan seorang pengajar berpengalaman, apabila anda hidup dengan baik, berdoa setiap hari, dan mengkaji kitab suci, Tuhan akan mengurniakan pengaruh dan kuasa Roh Kudus kepada anda. (lihat 2 Nefi 33:1).

Mereka yang diamanahkan kepada penjagaan anda ialah anak-anak Bapa Syurgawi, dan Dia tahu apa yang mereka perlukan dan bagaimana untuk membantu mereka. Melalui Roh Kudus, Tuhan akan membimbing anda dalam persediaan dan semasa anda mengajar. Dia akan menyatakan kepada anda apa yang perlu dikatakan dan apa yang anda perlu buat.

Dalam semua aspek hidup mereka, kanak-kanak berharga ini sentiasa menyerap informasi, membentuk dan menghalusi pendapat mereka, dan membuat dan berkongsi penemuan. Ini terutamanya benar dalam Injil, kerana kanak-kanak bersedia dan bersemangat untuk belajar kebenaran yang mudah Injil. Iman mereka dalam perkara rohani adalah kuat dan tulen, dan mereka melihat setiap saat sebagai masa belajar. Mereka rela bertindak atas apa yang mereka telah belajar, walaupun pemahaman mereka masih tidak lengkap. Inilah cara kita semua harus menerima Injil. Seperti diajar oleh Juruselamat, “Orang yang tidak menyambut Pemerintahan Tuhan seperti seorang anak, tidak akan menikmati Pemerintahan-Nya” (Lukas 18:17).

Panggilan untuk mengajar kanak-kanak adalah satu amanah yang suci. Ia biasa untuk kadangkala berasa diatasi. Tetapi ingat bahawa Bapa Syurgawi anda telah memanggil anda, dan Dia tidak akan meninggalkan anda. Ini adalah pekerjaan Tuhan, dan apabila anda melayani “dengan sepenuh hati, daya, fikiran, dan kekuatanmu” (A&P 4:2), Dia akan membesarkan keupayaan, kurnia, dan bakat, dan pelayanan anda akan memberkati hidup kanak-kanak yang anda ajar.