Ikutlah Aku
Sumber-sumber Tambahan untuk Mengajar Kanak-kanak


“Sumber Tambahan untuk Mengajar Kanak-kanak,” Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Primer: Perjanjian Baru 2019 (2019)

“Sumber Tambahan untuk Mengajar Kanak-kanak,” Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Primer:2019

Sumber-sumber Tambahan untuk Mengajar Kanak-kanak

Semua sumber ini terdapat di LDS.org dan dalam aplikasi Gospel Library.

Ikutlah Aku—Untuk Individu dan Keluarga

Anda dapat menggunakan sebarang aktiviti dari sumber ini untuk kegunaan di kelas Sekolah Primer anda. Bahkan sekiranya ibu bapa menggunakan aktiviti-aktiviti ini bersama anak-anak mereka di rumah, pengulangan dapat menjadi cara berguna untuk membantu kanak-kanak belajar. Kanak-kanak mungkin akan memberitahu anda bagaimana mereka lakukan aktiviti tersebut bersama keluarga mereka dan apa yang mereka telah pelajari.

Lihatlah Anak-Anak Kecil-mu: Buku Panduan Nurseri

Banyak topik yang diajarkan di dalam buku panduan nurseri adalah serupa dengan yang anda akan ajarkan di Sekolah Primer. Terutamanya jika anda mengajar kanak-kanak yang lebih kecil, pertimbangkan untuk merujuk buku panduan nurseri untuk lagu-lagu, kisah-kisah, aktiviti dan kraf tambahan.

Majalah Friend dan Liahona

Majalah Friend dan Liahona menyediakan kisah dan aktiviti yang boleh menjadi tambahan kepada asas yang anda ajari dari Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Primer.

Nyanyian Rohani dan Buku Nyanyian Anak-Anak

Muzik rohani mengundang Roh dan mengajar ajaran dalam cara yang luar biasa. Sebagai tambahan kepada versi cetak Nyanyian Rohani dan Buku Nyanyian Anak-Anak, anda boleh mendapatkan banyak rakaman audio dan video lagu rohani dan lagu kanak-kanak di music.lds.org atau di LDS Music App.

Kisah-Kisah Perjanjian Baru

Kisah-Kisah Perjanjian Baru (2005) dapat membantu kanak-kanak mempelajari ajaran dan cerita yang terdapat di dalam Perjanjian Baru. Anda juga boleh mendapatkan video-video ini di medialibrary.lds.org.

Pustaka Media

Seni lukisan dapat membantu kanak-kanak menggambarkan ajaran dan cerita yang terdapat di dalam Perjanjian Baru. Layari medialibrary.lds.org untuk mencari koleksi sumber media Gereja, termasuklah siri Video Alkitab, yang menggambarkan peristiwa di dalam Perjanjian Baru.

Buku Seni Injil

Seni lukisan dapat membantu kanak-kanak menggambarkan ajaran dan cerita yang terdapat di dalam Perjanjian Baru. Banyak gambar yang anda boleh gunakan dalam kelas terdapat di Buku Seni Injil dan di medialibrary.lds.org.

Alat Bantuan Ajaran untuk Mengajar Kanak-Kanak

Di lds.org/children/resources anda boleh mendapatkan kandungan artikel majalah, aktiviti, dan media bagi pelbagai topik injil.

T

Sekiranya anda memerlukan bantuan tambahan untuk memahami asas injil yang anda akan ajarkan kepada kanak-kanak, pertimbangkan untuk merujuk di True to the Faith (2004). Rujukkan ini menyediakan penjelasan mudah tentang topik injil, terkandung dalam susunan abjad.

seorang budak perempuan menulis di papan tulis

Teaching in the Savior’s Way

Sumber ini dapat membantu anda pelajari dan menerapkan asas-asas mengajar seperti Kristus. Asas-asas ini dibincangkan dan digunakan dalam pertemuan majlis pengajar.