Bab 4 Yusuf dan Malaikat Yusuf merupakan seorang yang alim dan baik. Dia dan Maria akan berkahwin. Ketika dia mengetahui bahawa Maria akan mendapat seorang bayi, dia tidak tahu apa yang harus dilakukan. Kerana bayi tersebut bukanlah anaknya, dia berfikir dia tidak seharusnya mengahwininya. Matius 1:18–19 Suatu malam seorang malaikat datang kepada Yusuf dalam mimpi dan memberitahunya bahawa bayi Maria ialah Putera Tuhan. Malaikat tersebut memberitahu Yusuf untuk mengahwini Maria dan menamakan bayinya Yesus. Yesus akan menjadi Juruselamat dunia. Matius 1:20–21 Yusuf patuh kepada malaikat tersebut dan mengahwini Maria. Matius 1:24–25