Cerita-cerita Kitab Suci
Perumpamaan Pertama: Domba yang Hilang


Perumpamaan Pertama

Domba yang Hilang

gembala dengan domba

Seorang gembala yang baik memiliki 100 ekor domba. Salah satu daripadanya telah hilang.

gembala mencari domba yang hilang

Gembala tersebut meninggalkan 99 ekor domba untuk mencari seekor yang hilang. Ketika dia menemui ia, dia sungguh gembira.

gembala menggendong domba

Gembala itu menggendong domba tersebut kembali ke rumah. Dia memanggil semua kawan dan jirannya untuk datang dan bergembira bersamanya. Dia telah menemuinya domba yang hilang.

Yesus berdiri

Yesus Kristus memberitahu orang Farisi makna perumpamaan itu. Dia berkata bahawa mereka yang telah berdosa seumpama domba yang hilang itu.

Yesus menghulurkan tangan

Sama seperti gembala ingin menyelamatkan domba yang hilang tersebut, Yesus ingin menyelamatkan mereka yang telah berdosa.

Yesus berdiri bersama seorang lelaki

Yesus menjelaskan itu sebabnya Dia bercakap bersama pendosa-pendosa.

Yesus berdiri bersama seorang lelaki dan seorang wanita

Sama seperti gembala sungguh gembira ketika dia telah menemui dombanya yang hilang, Yesus juga sungguh gembira ketika kita bertaubat.