Bab 59
Saulus Belajar Mengenai Yesus
Saulus telah menyaksikan orang ramai membunuh Stefanus. Suatu hari Saulus sedang berjalan ke kota Damsyik bersama beberapa kawan. Dia ingin memasukkan beberapa pengikut Kristus ke dalam penjara.
Tiba-tiba cahaya terang dari syurga mengelilinginya. Dia jatuh ke tanah. Kemudian Saulus terdengar suara Yesus bertanya mengapa dia cuba menyakiti orang-orang suci. Saulus ketakutan. Dia menanyakan Yesus apakah yang harus dia lakukan. Juruselamat memfirmankan Saulus untuk pergi ke Damsyik. Di situ Saulus akan diberitahu apa yang harus dia lakukan.
Saulus membuka matanya, tetapi dia tidak dapat melihat. Dia telah menjadi buta. Kawan-kawannya membawanya ke Damsyik.
Seorang pengikut Yesus Kristus bernama Ananias tinggal di Damsyik. Di dalam sebuah penglihatan, Yesus memfirmankan Ananias untuk pergi kepada Saulus.
Ananias memiliki imamat. Dia meletakkan tangannya ke atas kepala Saulus dan memberkatinya agar penglihatan Saulus akan pulih. Selepas disembuhkan, Saulus telah dibaptiskan dan menerima kurnia Roh Kudus.
Saulus menukar namanya kepada Paulus. Dia dipanggil untuk menjadi seorang Rasul. Dia menjadi seorang penginjil bagi Gereja. Dia menulis banyak surat. Dia telah pergi ke banyak tempat dan mengajarkan injil.