Bab 12
Majlis Perkahwinan di Kana
Yesus Kristus dan para pengikut-Nya menghadiri sebuah jamuan perkahwinan di Kana. Maria, ibu Yesus, ada di situ. Dia memberitahu Yesus bahawa tidak ada lagi wain untuk tetamu.
Yesus menghormati dan mengasihi ibu-Nya. Dia bertanya apakah yang Maria ingin Dia untuk lakukan.
Maria memberitahu orang suruhan di majlis tersebut untuk lakukan apa saja yang Yesus beritahu mereka.
Yesus menyuruh orang suruhan tersebut untuk mengisi enam tempayan dengan air. Setiap tempayan di antara 18 dan 27 gelen (68 dan 102 liter). Dia kemudian menukarkan air tersebut kepada wain.
Dia menyuruh pelayan-pelayan tersebut untuk mengambil wain dari tempayan dan menghidangkan ia kepada pemimpin majlis.
Pemimpin pesta sungguh kagum ketika dia meminum wain tersebut. Wain yang terbaik biasanya dihidangkan pada permulaan sebuah majlis. Tetapi kali ini, wain yang terbaik dihidangkan pada akhir majlis.
Ini adalah mukjizat pertama yang dicatatkan, yang Yesus laksanakan semasa kehidupan-Nya di bumi. Dia melakukannya untuk membantu ibu-Nya. Ia juga membantu menguatkan iman para pengikut-Nya.