Bab 11
Yesus Digoda
Yesus pergi ke padang belantara untuk bersama Tuhan. Juruselamat bercakap bersama Bapa Syurgawi. Dia tidak makan apa-apa untuk 40 hari kerana Dia sedang berpuasa.
Iblis datang dan menggoda Yesus untuk membuktikan bahawa Dia ialah Putera Tuhan. Pertama, dia memberitahu Yesus untuk mengubah beberapa ketul batu kepada roti. Yesus lapar, tetapi Dia tahu bahawa Dia harus menggunakan kuasa-Nya hanya untuk membantu orang lain. Dia tidak lakukan apa yang iblis katakan.
Matius 4:2–4; Jesus the Christ, 128–29
Seterusnya Roh Kudus membawa Yesus ke suatu tempat yang tinggi di bait suci. Iblis menggoda Yesus untuk kali kedua, memberitahu-Nya untuk terjun dari bangunan bait suci. Iblis berkata bahawa jika Yesus ialah Putera Tuhan, malaikat-malaikat tidak akan membiarkan-Nya cedera. Yesus tidak terjun. Dia tahu bahawa ia adalah salah untuk menggunakan kuasa kudus-Nya dalam cara sedemikian.
Kemudian Roh Kudus membawa Yesus ke atas puncak gunung. Dia menunjukkan Yesus semua kerajaan dan kekayaan di dunia. Iblis memberitahu Yesus bahawa Dia akan memiliki semua benda-benda ini jika Dia akan mematuhinya. Yesus berkata Dia hanya akan mematuhi Bapa Syurgawi. Dia memerintahkan iblis untuk pergi. Kemudian iblis pergi. Malaikat datang dan memberkati Yesus. Yesus telah bersedia untuk memulakan pekerjaan-Nya.