Cerita-cerita Kitab Suci
Bab 52: Perbicaraan Yesus


Bab 52

Perbicaraan Yesus

perusuh dengan obor

Pemimpin orang Yahudi mengutus lelaki-lelaki dengan pedang dan kayu ke Taman Getsemani.

Yudas bersama perusuh

Yudas Iskariot bersama mereka. Ketua imam tersebut telah membayar Yudas untuk menunjukkan lelaki-lelaki itu di mana Yesus berada.

Yudas berdiri di sisi Yesus

Yudas menunjukkan lelaki-lelaki itu siapa Yesus dengan mencium-Nya. Lelaki-lelaki membawa pergi Yesus. Mereka mencemuh dan memukul-Nya. Kemudian mereka membawa Yesus kepada imam tinggi, Kayafas.

lelaki-lelaki menyoal Yesus

Pemimpin-pemimpin orang Yahudi menanyakan Yesus soalan-soalan. Mereka berkata bahawa Dia telah melanggar hukum dengan mengatakan bahawa Dia ialah Putera Tuhan. Yesus menyatakan kepada mereka bahawa Dia ialah Putera Tuhan. Mereka berkata Yesus telah bersalah dan harus mati.

Yesus berdiri di hadapan Pilatus

Pemimpin-pemimpin orang Yahudi tidak memiliki hak kuasa untuk membunuh Yesus. Mereka membawa-Nya kepada Pontius Pilatus, yang dapat menjatuhkan hukum mati kepada Yesus. Pemimpin-pemimpin orang Yahudi memberitahu Pilatus bahawa Yesus telah mengajar orang-orang untuk tidak mematuhi hukum Roma.

perusuh yang marah

Pilatus tidak berasa Yesus telah melakukan apa-apa kesalahan. Pilatus ingin melepaskan Yesus. Orang ramai ingin Yesus disalibkan.

Pilatus bercakap kepada Yesus

Pilatus masih ingin melepaskan Yesus. Tetapi imam-imam dan orang ramai tidak berhenti-henti berseru bahawa mereka ingin Yesus disalibkan.

Pilatus membasuh tangannya

Pilatus membasuh tangannya. Dia berkata bahawa dia tidak bertanggungjawab ke atas kematian Yesus. Orang ramai berkata bahawa mereka akan bertanggungjawab ke atas kematian-Nya. Pilatus memerintahkan askar-askarnya untuk menyalibkan Yesus.