Bab 58
Simon dan Imamat
Banyak orang di Samaria mendengar dan mempercayai injil. Mereka dibaptiskan, tetapi mereka tidak mempunyai Roh Kudus.
Petrus dan Yohanes pergi ke Samaria. Mereka meletakkan tangan mereka di atas kepala orang ramai dan memberi mereka kurnia Roh Kudus.
Seorang lelaki bernama Simon terlihat Petrus dan Yohanes memberikan orang ramai kurnia Roh Kudus. Simon tahu bahawa kedua orang Rasul tersebut boleh memberi kurnia Roh Kudus kepada orang ramai kerana mereka mempunyai imamat. Dia juga menginginkan imamat tersebut.
Dia menawarkan Petrus dan Yohanes wang untuk itu. Petrus memberitahu Simon bahawa seseorang tidak dapat membeli imamat. Tuhan berikan ia kepada lelaki-lelaki yang soleh. Petrus tahu bahawa Simon bukan seorang yang soleh. Dia memberitahunya untuk bertaubat.