Bab 34
Anak yang Dirasuk Roh Jahat
Suatu hari, seorang lelaki meminta Juruselamat untuk membantu anak lelakinya. Anak lelaki tersebut memiliki roh jahat di dalamnya. Para pengikut telah cuba untuk menyembuhkan anaknya, tetapi mereka tidak berjaya.
Yesus memerintahkan lelaki tersebut untuk membawa anaknya kepada-Nya. Ketika anak itu datang, roh jahat telah menyebabkan dia jatuh ke tanah.
Juruselamat bertanya berapa lama roh jahat tersebut berada di dalam anak lelakinya. Ayah tersebut berkata ia ada sejak dia masih seorang kanak-kanak.
Yesus berfirman bahawa Dia dapat menyembuhkan anak lelaki tersebut jika ayah itu memiliki iman. Ayah itu mula menangis. Dia mengatakan bahawa dia memiliki iman. Tetapi dia meminta Yesus untuk membantunya untuk memiliki lebih banyak iman.
Yesus memerintahkan roh jahat untuk keluar daripada badan anak lelaki itu dan tidak akan lagi merasukinya. Roh jahat itu sungguh marah. Ia mencederakan lagi anak lelaki itu. Kemudian ia mematuhi Yesus dan pergi.
Pemuda tersebut sungguh diam dan banyak orang yang mengatakan dia telah mati. Tetapi Yesus mengambil tangannya dan membantunya untuk berdiri. Anak lelaki itu telah sembuh. Roh jahat telah pergi.
Kemudian para pengikut menanyakan Yesus mengapa mereka tidak dapat mengusir roh jahat itu daripada anak lelaki itu. Yesus menyatakan kepada mereka bahawa kadangkala mereka perlu berpuasa dan berdoa untuk seseorang itu disembuhkan.