Cerita-cerita Kitab Suci
Pengenalan: Rancangan Bapa Syurgawi Kita


Pengenalan

Rancangan Bapa Syurgawi Kita

anak-anak di Syurga bersama Bapa Syurgawi

Kita tinggal di syurga bersama Bapa Syurgawi sebelum kita datang ke bumi. Kita adalah anak-anak roh-Nya dan memiliki tubuh roh. Kita mengasihi Dia, dan Dia mengasihi kita.

Teachings of the Prophet Joseph Smith, 354

orang-orang di syurga bersama Bapa Syurgawi

Bapa Syurgawi mengajar kita tentang rancangan-Nya untuk kita. Ia dipanggil rancangan keselamatan. Jika kita mengikuti rancangan-Nya, kita dapat menjadi seperti Bapa Syurgawi. Rancangan tersebut adalah untuk kita datang ke bumi dan mendapat tubuh berdaging dan tulang. Kita akan diuji untuk tunjukkan jika kita akan memilih untuk mematuhi perintah-perintah Tuhan.

Bapa Syurgawi bercakap kepada Yesus dan Setan

Rancangan keselamatan menyediakan jalan untuk kita hidup bersama Bapa Syurgawi lagi. Kita perlu mematuhi perintah-perintah. Tetapi kita juga memerlukan bantuan. Kita memerlukan dosa kita dihapuskan, dan kita memerlukan badan yang telah bangkit. Oleh kerana kita tidak dapat menghapuskan dosa kita sendiri atau membangkitkan tubuh kita sendiri, kita memerlukan seorang Juruselamat untuk melakukan ini bagi kita.

Bapa Syurgawi bercakap kepada Yesus

Bapa Syurgawi memilih Yesus Kristus untuk menjadi Juruselamat. Yesus mengasihi Bapa Syurgawi. Yesus juga mengasihi kita. Dia bersetuju untuk datang ke bumi untuk menunjukkan kepada kita cara menjadi soleh. Dia akan menyediakan jalan untuk semua kita diselamatkan. Dia bersetuju untuk menderita bagi dosa-dosa kita. Dia juga akan mati dan bangkit agar kita juga akan dibangkitkan.

Setan

Setan juga ingin menjadi juruselamat kita. Tetapi dia tidak mengasihi Bapa Syurgawi. Dia tidak mengasihi kita. Dia ingin mengubah rancangan Bapa Syurgawi agar dia boleh memiliki kuasa dan kemuliaan Bapa Syurgawi.

Setan dan para pengikut meninggalkan syurga

Sesetengah daripada anak-anak roh Bapa Syurgawi pilih untuk mengikuti Setan. Ini membuat Bapa Syurgawi sangat sedih. Dia membuat Setan dan para pengikutnya meninggalkan syurga. Setan ialah iblis. Dia dan roh-roh yang mengikutinya ingin kita untuk berdosa.

Yesus mencipta bumi

Bapa Syurgawi memfirmankan Yesus untuk mencipta sebuah bumi untuk kita. Yesus lakukannya. Dia mencipta matahari, bulan, dan bintang-bintang. Dia meletakkan tumbuh-tumbuhan dan haiwan di bumi. Kini kita telah mempunyai bumi untuk didiami, di mana kita boleh memiliki tubuh berdaging dan tulang.

nabi zaman dahulu mengajar orang ramai

Banyak orang datang untuk hidup di bumi. Sesetengah mereka memilih untuk mematuhi perintah-perintah Tuhan; sesetengah tidak. Nabi zaman dahulu mengajar orang ramai tentang rancangan Bapa Syurgawi dan tentang Yesus Kristus.

nabi menulis tentang kelahiran Yesus

Nabi berkata ayah Yesus adalah Bapa Syurgawi. Ibu-Nya adalah seorang wanita yang baik bernama Maria. Dia akan dilahirkan di Betlehem.

nabi mengajar tentang Yesus

Para nabi berkata banyak orang tidak akan percaya bahawa Yesus adalah Juruselamat. Dia akan kelihatan seperti orang lain dan tidak kaya. Banyak orang akan membenci-Nya.

nabi mengajar tentang Yohanes Pembaptis

Nabi juga memberitahu tentang Yohanes Pembaptis. Dia akan datang sebelum Yesus untuk memberitahu orang ramai tentang Dia. Yohanes akan membaptiskan Yesus.

nabi mengajar tentang Yesus

Para nabi berkata bahawa Yesus adalah baik dan akan melakukan banyak mukjizat. Sebelum dia mati, Yesus akan menderita untuk dosa-dosa semua orang agar mereka tidak perlu menderita jika mereka akan bertaubat.

nabi mengajar tentang kematian Yesus

Banyak nabi tahu bahawa Yesus Kristus, Juruselamat kita, akan disalibkan. Dia akan dipaku ke atas salib kayu dan memberikan nyawa-Nya kepada kita.

nabi mengajar tentang Kebangkitan

Selepas tiga hari, Dia akan bangkit. Roh-Nya akan kembali semula ke dalam tubuh-Nya. Kerana Yesus akan mati dan bangkit, kita semua juga akan dibangkitkan.

orang-orang di Perjanjian Baru

Perjanjian Baru menunjukkan bahawa kata-kata para nabi adalah benar. Ia adalah cerita tentang Yesus Kristus dan Para Rasul-Nya. Mereka tinggal di Tanah Suci. Banyak orang yang tinggal di sana dipanggil orang Yahudi. Roma telah menjajah Tanah Suci, dan mereka memerintah orang Yahudi.