Bab 28
Yesus Memberi Makan kepada 5,000 Orang
Beberapa orang kawan Yohanes Pembaptis memberitahu Yesus bahawa Yohanes telah dibunuh oleh raja.
Ketika Yesus terdengar ini, Dia pergi ke sebuah tempat berhampiran Laut Galilea untuk bersendirian. Banyak orang tahu di mana Dia berada. Lebih dari 5,000 orang mengikuti-Nya ke sana mengharapkan bahawa Dia akan mengajar mereka.
Yesus mengajar mereka banyak hal. Tiba masa untuk makan, tetapi banyak daripada orang ramai itu tidak mempunyai apa-apa makanan. Para pengikut-Nya ingin Yesus untuk menyuruh orang ramai tersebut ke kampung-kampung berdekatan untuk membeli makanan.
Yesus memberitahu para pengikut untuk cuba memeriksa sekiranya ada sesiapa yang membawa makanan. Mereka menemui seorang pemuda yang mempunyai lima buku roti dan dua ekor ikan kecil.
Yesus memberitahu semua orang untuk duduk. Dia memberkati roti dan ikan tersebut dan memecahkan makanan tersebut.
Para pengikut mengagihkan makanan tersebut kepada orang ramai. Makanan tersebut lebih dari mencukupi untuk semua orang.