Bab 53
Yesus Disalibkan
Askar-askar menyebat Yesus menggunakan cambuk. Mereka memakaikan jubah ungu kepada-Nya. Mereka membuat mahkota duri dan meletakkannya pada kepala Yesus. Mereka mentertawakan-Nya dan meludahi-Nya. Mereka memanggil-Nya sebagai “Raja orang Yahudi.”
Banyak orang mengikuti askar-askar tersebut semasa mereka membawa Yesus ke bukit yang berhampiran Yerusalem. Mereka memaksa-Nya mengangkat salib-Nya sendiri. Mereka memakukan tangan dan kaki-Nya di kayu salib dan menaikkannya. Mereka juga menyalibkan dua lelaki yang lain, yang merupakan pencuri.
Yesus berdoa. Dia memohon kepada Bapa Syurgawi untuk mengampuni askar-askar yang menyalibkan-Nya. Mereka tidak tahu bahawa Dia adalah Juruselamat.
Maria, ibu kepada Yesus, berdiri di sisi kayu salib tersebut. Rasul Yohanes juga berada di situ. Yesus memfirmankan Yohanes untuk menjaga ibu-Nya. Yohanes membawa ibu Yesus ke rumahnya.
Kegelapan menyelubungi negeri itu. Juruselamat menderita di atas kayu salib untuk beberapa jam lamanya. Akhirnya, Roh-Nya meninggalkan badan-Nya, dan Dia mati.
Ketika Dia mati, satu gempa bumi memecahkan batu-batu besar. Tabir di dalam bait suci, dipanggil tirai, terbelah dua. Askar-askar Roma dalam ketakutan.
Seorang daripada pengikut Yesus menurunkan mayat Yesus dari kayu salib. Dia membalutnya dengan kain dan meletakkannya di dalam kubur, tempat di mana orang dikebumikan. Sebuah batu besar menutupi pintu depan kubur tersebut.