Bab 14 Nikodemus Nikodemus ialah daripada sekumpulan orang Yahudi yang digelar Farisi. Dia juga merupakan seorang pemimpin agama Yahudi. Banyak orang Farisi tidak percaya bahawa Yesus Kristus diutus oleh Tuhan. Tetapi Nikodemus mempercayainya kerana mukjizat-mukjizat yang Yesus telah lakukan. Yohanes 3:1–2 Nikodemus datang untuk bercakap dengan Juruselamat pada suatu malam. Yesus menyatakan kepadanya bahawa tidak sesiapa pun yang dapat memasuki kerajaan Tuhan tanpa dilahirkan semula. Yohanes 3:2–3 Nikodemus tidak memahaminya. Bagaimanakah seseorang harus dilahirkan semula? Juruselamat menjelaskan bahawa Dia sedang bercakap tentang hal-hal rohani. Untuk dilahirkan semula, seseorang harus dibaptiskan dari air dan menerima Roh Kudus. Yohanes 3:4–7 Yesus menjelaskan bahawa Dia telah diutus ke bumi untuk membantu kita semua kembali kepada Bapa Syurgawi. Dia berfirman bahawa Dia akan menderita untuk dosa-dosa kita dan mati di kayu salib agar kita boleh mendapat kehidupan abadi. Yohanes 3:12–17 Dia berfirman bahawa kita harus percaya kepada-Nya dan memilih yang benar. Jika kita lakukan apa yang benar, kita akan hidup selamanya di dalam kerajaan Tuhan. Yohanes 3:18–21