Bab 24 Anak Perempuan Yairus Dibangkitkan dari Kematian Suatu hari Yairus, seorang pembesar saumaah, jatuh ke kaki Juruselamat. Markus 5:21–22 Kata Yairus, anak perempuannya yang berusia 12 tahun sedang sakit tenat. Dia merayu kepada Yesus untuk datang dan memberkatinya. Dia percaya bahawa Yesus akan menjadikannya sembuh. Markus 5:23, 42 Yesus mula mengikuti Yairus ke rumah, tetapi Dia berhenti untuk menyembuhkan seorang wanita. Semasa Dia sedang berbicara kepadanya, seseorang datang dan memberitahu Yairus bahawa ia telah terlambat—anak perempuannya telah mati. Markus 5:24–35 Yesus terdengar apa yang dikatakan. Dia memberitahu Yairus untuk jangan takut tetapi percaya kepada-Nya. Markus 5:36 Kemudian Yesus pergi bersama Yairus ke rumah Yairus. Rumah itu dipenuhi dengan orang yang sedang menangis kerana kematian anak perempuan tersebut. Markus 5:37–38 Yesus menyatakan kepada mereka bahawa anak perempuan itu tidak mati tetapi sedang tidur. Orang ramai tersebut mentertawakan-Nya. Mereka pasti bahawa anak perempuan tersebut telah mati. Markus 5:39–40 Juruselamat mengarahkan semua orang untuk meninggalkan rumah tersebut kecuali para pengikut-Nya, Yairus, dan isteri Yairus. Mereka masuk ke dalam bilik di mana anak perempuan itu sedang berbaring. Markus 5:40 Yesus mengambil tangan anak perempuan itu. Dia memfirmankannya untuk bangun. Dia berdiri dan berjalan. Ibu bapanya kagum. Yesus memfirmankan mereka untuk tidak menyatakan kepada sesiapa apa yang telah terjadi. Kemudian Dia memfirmankan ibu bapanya untuk memberi makanan kepada anak perempuan tersebut. Markus 5:41–43