Cerita-cerita Kitab Suci
Kandungan


Kandungan

Sumber-sumber

Sesetengah maklumat dalam buku ini di ambil dari sumber-sumber bukan tulisan suci yang dipetik berikut.

Panduan Tulisan Suci di dalam Terjemahan Alkitab versi King James dalam Alkitab (1979)

James E. Talmage, Jesus the Christ, 3rd edition (1916)

Teachings of the Prophet Joseph Smith, sel. Joseph Fielding Smith (1976)

Kepada Pembaca

Cerita-cerita Perjanjian Baru telah ditulis khas untuk anda. Cerita-cerita ini diambil dari kitab yang kudus. Semasa anda membaca cerita-cerita ini, ingatlah bahawa ia adalah tentang orang-orang sebenar yang hidup lama dahulu.

Bacalah cerita-cerita tersebut berulang kali sehingga anda sangat mengenalinya. Anda juga harus membacanya dari Alkitab. Di bawah setiap gambar, anda akan lihat rujukan yang akan menunjukkan di mana anda dapat mencari cerita itu di dalam Alkitab atau kitab lain. Mintalah ayah, ibu, pengajar, atau kawan anda untuk membantu anda mencari cerita tersebut di dalam tulisan suci.

Sekiranya anda tidak mengetahui makna sesuatu perkataan, lihatlah di dalam bahagian “Perkataan untuk Diketahui” pada halaman belakang buku ini. Sekiranya anda ingin belajar lebih banyak tentang sesuatu tempat, carilah di bahagian “Tempat-tempat untuk Diketahui”. Sekiranya anda tidak mengetahui tentang seseorang, carilah di bahagian “Orang-orang untuk Diketahui”. Buku ini juga mengandungi bahagian dengan gambar-gambar tempat-tempat di Tanah Suci dan Garis Masa Perjanjian Baru.

Kepada Ibu Bapa dan Pengajar

Buku ini akan membantu anda mengajar tulisan suci. Gunakan bahagian “Perkataan untuk Diketahui”, “Tempat-tempat untuk Diketahui” dan “Orang-orang untuk Diketahui” untuk membantu kanak-kanak menjadi biasa dengan perkataan, orang-orang, dan tempat-tempat di dalam buku ini. Bantuan lain di dalam buku ini termasuk peta, gambar-gambar, dan garis masa.

Semasa anda mengajar, berkongsi kesaksian tentang Alkitab. Galakkan mereka yang anda ajar untuk dengan penuh doa mencari kesaksian mereka sendiri tentang tulisan suci dan tentang Juruselamat, Yesus Kristus. Pemahaman mereka yang anda ajar akan berkembang dengan lebih besar semasa anda membacakan cerita-cerita kegemaran mereka dari Alkitab.