Cerita-cerita Kitab Suci
Bab 40: Gembala yang Baik


Bab 40

Gembala yang Baik

Yesus memegang domba

Seorang gembala sedang menjaga domba. Dia membantu mereka mendapatkan makanan dan air. Dia tidak membiarkan mereka cedera atau hilang. Dia mengenali mereka dan mengasihi mereka dan akan memberikan nyawanya untuk menyelamatkan mereka.

Yesus dan para pengikut

Yesus Kristus mengelar diri-Nya Gembala yang Baik. Dia ialah gembala kita. Kita adalah domba-Nya. Dia mengasihi kita. Dia membantu kita mempelajari kebenaran. Dia mengajar kita bagaimana untuk hidup agar kita dapat kembali kepada Bapa Syurgawi. Dia memberi nyawa-Nya untuk kita.

Yesus mengajar para pengikut

Juruselamat menyatakan kepada orang-orang di Yerusalem bahawa Dia mempunyai domba yang lain. Dia berfirman bahawa Dia akan mengunjungi domba-domba yang lain ini. Orang-orang tersebut tidak memahaminya.

Yesus mengajar para pengikut

Selepas Yesus bangkit, Dia mengunjungi domba-Nya di Benua Amerika. Kitab Mormon menceritakan kunjungan-Nya di situ. Yesus tinggal beberapa hari, menyembuhkan yang sakit dan memberkati orang-orang tersebut. Dia memberikan mereka imamat dan mengatur Gereja-Nya. Yesus mengajarkan hal-hal yang sama kepada orang-orang ini seperti yang Dia telah ajarkan kepada orang-orang di Yerusalem.