Cerita-cerita Kitab Suci
Bab 9: Yesus yang Muda


Bab 9

Yesus yang Muda

Imej
Yesus yang muda sedang berdoa

Yesus membesar di kota Nasaret. Dia telah mempelajari banyak hal dan menjadi “bertambah besar dan kuat … dan Tuhan berkenan kepada-Nya.”

Imej
Yesus yang muda membuat perjalanan bersama orang ramai

Ketika Yesus berusia 12 tahun, Dia pergi bersama Yusuf dan Maria secara berkumpulan untuk sebuah perayaan di Yerusalem. Mereka berada di situ untuk beberapa hari lamanya.

Imej
Yusuf dan Maria membuat perjalanan

Ketika Yusuf dan Maria berangkat pulang ke rumah, mereka menyangka bahawa Yesus berjalan kembali ke Nazaret bersama kawan-kawan-Nya. Tetapi Yesus masih berada di Yerusalem.

Imej
Yusuf dan Maria bercakap kepada orang ramai

Ketika Yusuf dan Maria mencari Yesus, mereka tidak menemukan-Nya. Tidak seorang di dalam kumpulan mereka telah melihat-Nya. Oleh itu, Yusuf dan Maria kembali ke Yerusalem. Mereka mencari Yesus selama tiga hari. Mereka sungguh sedih.

Imej
Yesus yang muda sedang mengajar orang ramai

Akhirnya mereka menemui Yesus di dalam bait suci, bercakap dengan beberapa pengajar agama. Dia sedang menjawab soalan-soalan mereka. Pengajar-pengajar tersebut hairan dengan pengetahuan luas Yesus.

Imej
Yesus yang muda bercakap kepada Maria dan Yusuf

Maria memberitahu Yesus bahawa dia dan Yusuf sungguh risau tentang-Nya. Yesus menjawab bahawa Dia sedang melakukan pekerjaan Bapa-Nya—pekerjaan Tuhan. Yusuf dan Maria tidak memahaminya.

Imej
Yusuf, Maria, dan Yesus yang muda melakukan perjalanan

Yesus balik ke Nasaret bersama Yusuf dan Maria dan mematuhi mereka.

Imej
Yesus yang muda sedang membaca

Yesus mempelajari lebih banyak tentang pekerjaan Bapa Syurgawi-Nya.

Imej
Yesus yang muda membuat busur

Dia bertambah besar dan kuat.

Imej
Yesus yang muda sedang membantu orang

Orang ramai mengasihi–Nya. Dia melakukan kehendak Tuhan.

Imej
Yesus yang muda sedang berdoa

Tuhan mengasihi–Nya.

Cetak