Cerita-cerita Kitab Suci
Bab 19: Khutbah di atas Bukit


Bab 19

Khutbah di atas Bukit

Yesus mengajar para pengikut

Suatu hari Yesus mengajar injil kepada para pengikut-Nya di atas sebuah bukit berhampiran dengan Laut Galilea.

Yesus mengajar para pengikut

Dia mengajar mereka bagaimana untuk hidup agar mereka dapat menjadi gembira dan hidup bersama Bapa Syurgawi lagi. Hal-hal yang Dia ajarkan mereka juga dapat membuat kita gembira.

Yesus mengajar

Yesus berfirman kita harus menjadi lemah lembut, sabar, dan rela untuk mematuhi Bapa Syurgawi.

Yesus mengajar para pengikut

Kita harus mencuba sedaya yang upaya untuk menjadi soleh.

seorang lelaki menyakiti lelaki yang lain

Kita harus mengampuni orang-orang yang menyakiti kita atau membuat kita merasa sedih. Jika kita mengampuni mereka, Bapa Syurgawi akan mengampuni kita.

pasangan berkongsi makanan dengan orang lain

Kita harus menjadi pendamai, mengasihi orang lain, dan membantu semua orang untuk saling mengasihi.

seorang lelaki bercakap kepada seorang wanita

Kita tidak seharusnya takut untuk memberitahu orang ramai tentang injil atau menunjukkan kepada mereka bahawa kita mengasihi Bapa Syurgawi. Ketika orang lain melihat kita melakukan yang baik, ia akan membantu mereka untuk percaya kepada Tuhan juga.

seorang lelaki memberikan seorang wanita wang

Kita harus sentiasa menepati janji-janji kita.

lelaki membantu lelaki yang lain

Sama seperti kita ingin orang lain menjadi baik terhadap kita, kita harus menjadi baik kepada mereka.

Yesus mengajar orang ramai

Yesus berfirman jika kita melakukan hal-hal ini, kita akan menjadi gembira, Bapa Syurgawi akan memberkati kita, dan kita akan hidup bersama-Nya lagi.