Bab 10 Yesus Dibaptiskan Yohanes tinggal di padang belantara untuk bertahun lamanya. Dia memakai pakaian yang diperbuat dari bulu unta, dan dia memakan madu dan belalang. Orang ramai datang dari bandar untuk mendengar dia mengajar. Dia dikenali sebagai Yohanes Pembaptis. Matius 3:1–5 Yohanes Pembaptis mengajar orang ramai tentang Yesus Kristus. Dia memberitahu mereka untuk bertaubat atas dosa-dosa mereka dan dibaptiskan. Yohanes membaptiskan mereka yang telah bertaubat atas dosa-dosa mereka. Matius 3:2–3, 5–6 Orang ramai bertanya Yohanes Pembaptis bagaimana untuk menjalani kehidupan yang lebih baik. Dia memberitahu mereka untuk berkongsi dengan yang miskin, mengatakan kebenaran, dan adil kepada orang lain. Dia berkata bahawa Yesus Kristus akan segera datang. Yesus akan memberikan mereka kurnia Roh Kudus. Matius 3:2, 11–12; Lukas 3:10–14 Suatu hari ketika Yohanes Pembaptis sedang membaptiskan orang di Sungai Yordan, Yesus Kristus datang kepadanya. Dia meminta Yohanes untuk membaptiskan-Nya. Yohanes mengetahui bahawa Yesus selalu mematuhi perintah-perintah Tuhan dan tidak perlu untuk bertaubat. Yohanes menyangka bahawa Yesus tidak perlu dibaptiskan. Matius 3:13–15; 2 Nefi 31:5–7 Tetapi Tuhan telah memerintahkan semua orang untuk dibaptiskan, oleh itu Yesus memberitahu Yohanes untuk membaptiskan-Nya. Yesus menetapkan sebuah teladan bagi kita dengan mematuhi perintah Tuhan untuk dibaptiskan. Matius 3:16; 2 Nefi 31:7–9 Ketika Yesus keluar dari air, Roh Kudus datang kepada-Nya Tuhan berbicara dari syurga, berkata, “Inilah Anak-Ku yang Aku kasihi. Dia menyenangkan hati-Ku.” Yohanes Pembaptis juga bersaksi bahawa Yesus ialah Putera Tuhan. Matius 3:16–17; Yohanes 1:33–36; Jesus the Christ, 150