Orang-orang untuk Diketahui
-
AgripaRaja Roma yang menguasai Israel. Paulus memberitahu kepada Agripa tentang Yesus Kristus.
-
Ananiasseorang pengikut Yesus Kristus yang tinggal di Damsyik. Dia memberkati Paulus dan menjaganya setelah Paulus dibutakan semasa sebuah penglihatan.
-
Bapa SyurgawiBapa tubuh roh kita. Kita berdoa kepada-Nya.
-
Eliaseorang nabi Perjanjian Lama
-
Elisabetibu kepada Yohanes Pembaptis
-
Farisipara pemimpin orang Yahudi. Kebanyakkan mereka membenci Yesus dan para pengikut-Nya.
-
Gabrielmalaikat yang mengunjungi Maria dan memberitahunya bahawa dia akan menjadi ibu kepada Yesus. Gabriel juga datang kepada Zakharia dan memberitahunya bahawa dia akan mendapat seorang anak lelaki iaitu Yohanes Pembaptis.
-
Hanaseorang balu yang beriman yang terlihat Yesus ketika Dia masih seorang bayi dan mengajar orang-orang bahawa Yesus ialah Putera Tuhan dan Penebus.
-
Herodesraja jahat yang memerintah di Yerusalem ketika Yesus lahir. Dia membuat semua bayi di Betlehem dibunuh dengan harapan membunuh bayi Yesus.
-
Joseph SmithKetika Joseph Smith masih seorang pemuda, Bapa Syurgawi dan Yesus Kristus mengunjunginya. Mereka memfirmankannya untuk tidak mengikuti gereja-gereja di bumi pada masa itu kerana mereka telah menyimpang dari kebenaran. Melalui Joseph Smith, Gereja sejati Yesus Kristus dipulihkan di bumi.
-
JuruselamatYesus Kristus adalah Juruselamat. Dia menderita dan mati untuk dosa-dosa kita. Kerana Dia, kita dapat diampuni dari dosa-dosa kita, jika kita bertaubat, dan kita akan hidup selamanya.
-
Kayafasimam tinggi orang Yahudi yang mengambil bahagian dalam menghukum Yesus dalam perbicaraan-Nya
-
Lazarusseorang lelaki yang Yesus bangkitkan dari kematian
-
Mariaibu kepada Yesus
-
Maria dan Martaadik-adik kepada Lazarus dan kawan kepada Yesus
-
Maria MagdalenaKawan Yesus dan orang pertama yang melihat Yesus selepas Kebangkitan-Nya.
-
Matiasseorang pengikut Yesus yang dipanggil untuk mengambil tempat Yudas Iskariot sebagai seorang daripada Dua Belas Rasul.
-
Mesiasnama lain bagi Yesus Kristus
-
Musaseorang nabi Perjanjian Lama
-
Nikodemuspemerintah orang Yahudi yang mempercayai bahawa Yesus adalah Juruselamat. Yesus mengajar Nikodemus tentang pembaptisan.
-
Orang Samariakumpulan orang yang tinggal di negeri yang Yesus tinggal. Orang Yahudi dan orang Samaria biasanya saling tidak menyukai.
-
Orang YahudiOrang Israel adalah sebahagian dari kerajaan Yehuda. Yesus adalah seorang Yahudi.
-
Paulusseorang lelaki yang tidak menyukai para pengikut Yesus sehingga dia melihat Yesus dalam sebuah penglihatan dan bertukar hati. Dia kemudian melayani Tuhan dan menjadi salah seorang Rasul. Dia juga dikenali sebagai Saulus.
-
Petrusseorang daripada Dua Belas Rasul Yesus dan Presiden Gereja selepas kematian Yesus
-
Pontius Pilatusgabenor Roma di Yerusalem. Orang Yahudi meminta Pilatus untuk menyalibkan Yesus, dan Pilatus membenarkan Yesus dibunuh.
-
Roh Kudussatu daripada tiga ahli dalam Kesatuan Ketuhanan. Dia membantu Yesus Kristus dan Bapa Syurgawi. Dia memiliki kuasa untuk membantu orang-orang mengetahui kebenaran. Dia adalah roh dan tidak mempunyai tubuh berdaging dan tulang.
-
Romaorang-orang yang mengawal negeri di tempat Yesus tinggal semasa kehidupan-Nya
-
Sauluslihat Paulus
-
Setananak lelaki roh Bapa Syurgawi. Dia tidak mematuhi Bapa Syurgawi, oleh itu dia dihalau dari syurga. Dia menjadi iblis. Setan cuba menggoda orang-orang untuk melakukan sesuatu yang salah.
-
Silasseorang penginjil dan kawan Paulus
-
Simeonseorang lelaki soleh yang melihat bayi Yesus di bait suci Yerusalem
-
Simonseorang lelaki di Samaria. Dia cuba untuk membeli imamat daripada Petrus dan Yohanes. Mereka mengajarnya bahawa seseorang tidak dapat membeli imamat.
-
Stefanusseorang pemimpin soleh Gereja Yesus Kristus. Orang Farisi telah membunuhnya.
-
Tabitaseorang wanita yang Petrus hidupkan semula
-
Tuhanboleh merujuk kepada Bapa Syurgawi atau kepada Yesus Kristus
-
Yairusseorang pemimpin orang Yahudi di Kapernaum. Yesus membangkitkan anak perempuannya dari kematian.
-
Yakobussalah seorang daripada Dua Belas Rasul Yesus. Dia adalah salah seorang daripada penasihat Petrus selepas kematian Yesus.
-
Yesayaseorang nabi Perjanjian Lama yang menulis tentang Yesus
-
Yesus KristusPutera Tuhan dan Juruselamat dunia. Dia menderita dan mati untuk dosa-dosa kita.
-
Yohanessalah seorang daripada Dua Belas Rasul Yesus. Dia adalah salah seorang daripada penasihat Petrus selepas kematian Yesus.
-
Yohanes Pembaptisnabi yang membaptiskan Yesus. Dia adalah anak lelaki Zakharia dan Elisabet.
-
Yudas Iskariotsalah seorang daripada Dua Belas Rasul Yesus. Yudas menyerahkan Yesus kepada orang-orang jahat untuk 30 keping perak.
-
YusufSuami Maria. Yusuf menjaga Yesus dan Maria dengan baik.
-
Zakhariaayah kepada Yohanes Pembaptis