Cerita-cerita Kitab Suci
Bab 46: Kedatangan Kedua


Bab 46

Kedatangan Kedua

Yesus mengajar para pengikut

Yesus berada di atas Gunung Zaitun. Para pengikut-Nya ingin menanyakan Yesus beberapa soalan. Mereka bertanya bilakah yang jahat akan dimusnahkan. Mereka juga ingin tahu bilakah Yesus akan datang semula.

lelaki bercakap kepada orang ramai

Yesus menyatakan kepada mereka bahawa sebelum Kedatangan Kedua-Nya, nabi-nabi palsu akan mendakwa diri sebagai Kristus. Banyak orang akan mengikuti mereka. Tetapi jika para pengikut-Nya mematuhi firman-firman-Nya, mereka tidak akan terpedaya oleh nabi-nabi palsu. Mereka akan terselamat.

keluarga berjalan melalui runtuhan

Yesus juga berfirman bahawa sebelum Dia datang semula, akan terdapat banyak perang, kebuluran, penyakit-penyakit yang mengerikan, dan gempa bumi. Banyak orang akan berhenti membantu orang lain dan menjadi jahat.

lelaki berjalan pergi daripada para penginjil

Injil akan dikhutbahkan kepada seluruh dunia, tetapi banyak orang tidak akan mendengar.

bintang-bintang yang jatuh

Matahari akan menjadi gelap, bulan tidak akan bersinar, dan bintang-bintang akan jatuh dari langit.

Yesus muncul kepada orang ramai

Ketika Yesus Kristus datang semula, orang ramai akan melihat Dia turun dari awan-awan dengan kuasa dan kemuliaan yang agung. Dia akan menghantar malaikat-malaikat–Nya untuk mengumpulkan mereka yang soleh bersama.

keluarga sedang melihat gambar Yesus

Kita dapat bersedia untuk Kedatangan Kedua dengan melakukan yang benar. Ketika kita melihat tanda-tanda yang Yesus janjikan, kita akan tahu bahawa kedatangan Juruselamat adalah dekat. Tidak seorang pun yang tahu dengan tepat bila Yesus akan datang lagi. Jika kita bersedia, kita dapat bersama dengan-Nya.