Cerita-cerita Kitab Suci
Bab 61: Paulus dan Silas di dalam Penjara


Bab 61

Paulus dan Silas di dalam Penjara

seorang budak perempuan duduk dengan tangan di kepala

Seorang budak perempuan memiliki roh jahat di dalamnya. Orang ramai suka mendengar apa yang dikatakan oleh roh jahat melalui dia. Mereka membayar tuan-tuannya untuk mendengar roh jahat itu berbicara.

lelaki sedang bercakap kepada budak perempuan

Setiap kali Paulus dan Silas berjalan, budak perempuan itu mengikuti mereka. Ketika perempuan itu berjalan, roh jahat berbicara. Suatu hari Paulus memerintahkan roh jahat tersebut untuk tinggalkannya. Ia pergi. Tuan-tuan perempuan itu berasa marah. Kini mereka tidak dapat mendapat keuntungan.

lelaki-lelaki menengking para Rasul

Lelaki-lelaki tersebut mengheret Paulus dan Silas kepada pembesar-pembesar kota mereka. Mereka mengatakan Paulus dan Silas telah menimbulkan masalah.

askar-askar menyebat para Rasul

Pembesar-pembesar telah mengarahkan sebatan terhadap Paulus dan Silas serta dimasukkan ke dalam penjara.

para Rasul sedang berdoa

Pada malam itu, Paulus dan Silas berdoa dan menyanyikan lagu rohani kepada Bapa Syurgawi. Semua orang di dalam penjara terdengar mereka. Tiba-tiba, tanah mula bergoncang. Pintu-pintu penjara terbuka.

para Rasul bercakap kepada pengawal

Pengawal terjaga dan melihat pintu-pintu terbuka. Dia menyangka bahawa tahanan-tahanan itu telah melarikan diri. Paulus memberitahu pengawal tersebut untuk tidak khuatir. Semua tahanan-tahanan masih berada di situ. Pengawal tersebut melutut di sisi Paulus dan Silas dan bertanya bagaimana dia boleh diselamatkan.

para Rasul membaptiskan pengawal

Paulus dan Silas mengajar pengawal tersebut dan keluarganya tentang injil. Pada malam itu, pengawal dan keluarganya telah dibaptiskan.

askar-askar melambai kepada para Rasul

Pada keesokan harinya, pembesar-pembesar kota tersebut membebaskan Paulus dan Silas. Paulus dan Silas pergi ke kota yang lain untuk melakukan lebih banyak pekerjaan penginjil.