Bab 21
Yesus Memerintah Angin dan Ombak
Yesus dan para pengikut-Nya berada di dalam perahu di Laut Galilea. Yesus tertidur. Angin mula bertiup dengan kencang, dan ombak memenuhi perahu dengan air. Para pengikut takut ia akan tenggelam. Mereka mengejutkan Yesus dan meminta-Nya untuk membantu.
Juruselamat memerintah angin untuk berhenti bertiup dan ombak untuk tenang. Angin berhenti, dan lautan menjadi tenang.
Yesus menanyakan para pengikut mengapa mereka takut. Dia berfirman bahawa mereka harus lebih beriman. Mereka tertanya orang jenis apakah yang boleh memerintah angin dan laut.