Bab 41
Yesus Memberkati Kanak-kanak Kecil
Imej
orang ramai membawa kanak-kanak kecil kepada Yesus
Yesus dalam perjalanan ke Yerusalem. Di sepanjang jalan, sesetengah orang menginginkan Yesus untuk memberkati kanak-kanak kecil mereka. Para pengikut memberitahu orang ramai untuk tidak mengganggu Yesus.
Imej
Yesus memberkati kanak-kanak kecil
Tetapi Yesus Kristus mengasihi kanak-kanak kecil. Dia memberitahu para pengikut untuk membiarkan kanak-kanak kecil tersebut untuk datang kepada-Nya. Yesus juga memberitahu para pengikut bahawa mereka harus menjadi seperti kanak-kanak kecil. Dengan itu, mereka boleh tinggal bersama Tuhan di syurga.