Bab 13 Yesus dan Rumah Bapa Syurgawi-Nya Yesus pergi ke bait suci di Yerusalem. Banyak orang berada di sana untuk menyembahkan korban dengan membunuh haiwan dan membakarnya di atas altar. Korban tersebut membantu orang-orang memikirkan tentang Juruselamat, yang akan mengorbankan Diri-Nya dengan menderita dan mati untuk mereka. Imamat 1:3–9; Yohanes 2:13; Musa 5:5–7 Sesetengah orang tidak mempunyai haiwan untuk dikorbankan. Orang ramai menjual haiwan kepada mereka di bait suci. Penjual ingin mendapatkan banyak wang. Mereka tidak memikirkan tentang Tuhan. Yohanes 2:14 Yesus terlihat orang ramai sedang menjual haiwan-haiwan di bait suci. Dia berfirman bahawa bait suci adalah rumah Bapa Syurgawi, sebuah tempat kudus. Dia berfirman bahawa orang ramai tidak harus membeli atau menjual barang-barang di sana. Yohanes 2:16 Yesus membuat cambuk, menterbalikkan meja-meja, menghamburkan wang di atas lantai, dan mengusir para penjual dari bait suci. Dia tidak akan membiarkan mereka melakukan perkara yang jahat di rumah Bapa Syurgawi. Yohanes 2:15–16