Bab 29
Yesus Berjalan di atas Air
Selepas memberi makan kepada 5,000 orang, Yesus naik ke sebuah gunung untuk berdoa. Para pengikut-Nya menaiki perahu untuk menyeberangi Laut Galilea. Ketika malam tiba, angin mula bertiup, dan ombak menjadi tinggi.
Pada lewat malam tersebut, Yesus datang untuk bersama para pengikut-Nya. Dia berjalan di atas air untuk menaiki perahu.
Para pengikut terlihat-Nya berjalan di atas air. Mereka sungguh ketakutan. Mereka menyangka bahawa Dia ialah roh. Yesus berfirman kepada mereka, “Aku Yesus. Jangan takut!”
Petrus juga ingin berjalan di atas air. Yesus memberitahu Petrus untuk datang kepada-Nya. Petrus keluar dari perahu. Dia mula untuk berjalan di atas air ke arah Juruselamat.
Kerana angin bertiup semakin kencang, Petrus menjadi takut. Dia mula tenggelam ke dalam air dan berteriak agar Yesus menyelamatkannya.
Juruselamat menarik tangan Petrus. Dia menanyakan Petrus mengapa dia tidak lebih beriman.
Ketika Yesus dan Petrus tiba ke perahu, ribut badai telah berhenti. Semua pengikut menyembah Juruselamat. Mereka tahu bahawa Dia ialah Putera Tuhan.