Bab 50
Ajaran-ajaran yang Lain di Perjamuan Terakhir
Selepas mereka selesai makan, Yesus memfirmankan para Rasul-Nya bahawa mereka harus saling mengasihi seperti Dia telah mengasihi mereka. Jika mereka melakukan ini, orang ramai akan tahu bahawa mereka adalah para pengikut-Nya.
Dia berfirman jika para Rasul mengasihi-Nya, mereka akan mematuhi perintah-perintah-Nya. Dia menjanjikan mereka kurnia Roh Kudus. Roh Kudus akan mengajar mereka segala yang mereka harus ketahui. Roh Kudus akan membantu para Rasul untuk mengingati hal-hal yang Yesus telah ajarkan kepada mereka.
Yesus berfirman bahawa Dia adalah seumpama pokok anggur. Para pengikut-Nya seumpama cabang-cabang pokok anggur tersebut. Hanya cabang yang tumbuh dengan kukuh pada pokok anggur dapat menghasilkan buah yang baik.
Yesus menjanjikan para Rasul-Nya bahawa jika mereka mengikuti injil, buah mereka (pekerjaan mereka) akan menjadi baik. Jika mereka tidak mengikuti-Nya, mereka akan menjadi seperti cabang-cabang yang disingkirkan dari tumbuhan dan tidak menghasilkan apa-apa.
Yesus Kristus mendoakan agar para Rasul-Nya akan bersatu. Dia ingin mereka untuk mengajar orang ramai untuk percaya kepada-Nya dan untuk tahu bahawa Bapa Syurgawi mengasihi mereka.
Kemudian Yesus dan para Rasul menyanyikan sebuah lagu rohani dan meninggalkan bilik tersebut.