Bab 49 Sakramen yang Pertama Setiap tahun orang Yahudi akan mengadakan sebuah jamuan yang dipanggil Paskah. Ia membantu orang-orang Yahudi memperingati bahawa Tuhan telah menyelamatkan moyang-moyang mereka pada zaman Musa. Keluaran 12:27; Lukas 22:7 Yesus dan Dua Belas Rasul memerlukan sebuah tempat untuk menikmati jamuan Paskah. Juruselamat mengutus Petrus dan Yohanes untuk mencari sebuah bilik dan memeriksa sekiranya segalanya sudah sedia untuk jamuan tersebut. Lukas 22:8 Mereka menemui sebuah bilik dan menyediakan jamuan tersebut. Lukas 22:9–13 Yesus dan semua Rasul pergi ke situ. Mereka makan jamuan Paskah bersama. Lukas 22:14 Yesus memberi para Rasul-Nya sakramen untuk pertama kalinya. Dia mengambil roti di tangan-Nya, memberkati ia, dan kemudian memecahkan ia. Dia memfirmankan para Rasul untuk makan roti tersebut. Matius 26:26; Lukas 22:19 Yesus memfirmankan mereka untuk memikirkan tubuh-Nya ketika mereka memakan roti tersebut. Dia meminta mereka untuk ingat bahawa Dia akan mati untuk mereka. Matius 26:26; Lukas 22:19 Yesus menuang wain ke dalam cawan. Dia memberkati wain tersebut dan memfirmankan para Rasul untuk meminumnya. Matius 26:27 Yesus memfirmankan mereka untuk memikirkan tentang darah-Nya ketika mereka meminum wain tersebut. Dia meminta mereka untuk ingat bahawa Dia akan berdarah dan menderita bagi dosa-dosa semua orang. Matius 26:28; Lukas 22:20 Yesus juga menyatakan kepada para Rasul bahawa orang-orang yang jahat akan segera membunuh-Nya. Sebelas orang Rasul sungguh sedih. Mereka mengasihi Juruselamat dan tidak ingin Dia mati. Yesus tahu bahawa seorang daripada para Rasul akan membantu orang-orang yang jahat. Namanya adalah Yudas Iskariot. Matius 26:2, 14–16, 21–25