Cerita-cerita Kitab Suci
Bab 37: Sepuluh Pesakit Kusta


Bab 37

Sepuluh Pesakit Kusta

Yesus mendekati pesakit-pesakit kusta

Yesus pergi ke sebuah kota kecil di mana Dia terlihat sepuluh orang pesakit kusta. Pesakit kusta ialah orang yang sakit. Penyakit mereka menyebabkan mereka mengalami kudis di seluruh badan mereka.

orang ramai menjauhi daripada pesakit kusta

Doktor-doktor tidak dapat menyembuhkan pesakit kusta. Orang ramai takut untuk mendekati mereka. Mereka tidak ingin menjadi sakit juga.

pesakit-pesakit kusta bercakap kepada Yesus

Pesakit-pesakit kusta tersebut meminta Yesus untuk menyembuhkan mereka. Mereka tahu bahawa Dia dapat menghilangkan kudis mereka.

pesakit-pesakit kusta berjalan pergi

Yesus ingin mereka menjadi sembuh. Dia memberitahu mereka untuk pergi dan menunjukkan diri mereka kepada imam-imam.

pesakit-pesakit kusta melihat tangan mereka

Dalam perjalanan mereka untuk menemui imam-imam, sepuluh pesakit kusta tersebut telah sembuh. Kudis mereka telah hilang.

seorang pesakit kusta bersyukur kepada Yesus

Salah seorang daripada pesakit-pesakit kusta tersebut tahu bahawa Yesus telah menyembuhkan mereka. Dia kembali dan mengucapkan terima kasih kepada-Nya. Yesus menanyakan di mana sembilan pesakit kusta yang lain. Mereka tidak kembali. Yesus memberitahu pesakit kusta yang telah berterima kasih kepada-Nya bahawa iman pesakit kusta tersebut telah menjadikannya sembuh.