Bab 42 Pemuda yang Kaya Suatu hari seorang pemuda yang kaya datang kepada Yesus dan menanyakan Dia apakah yang harus dia lakukan untuk memasuki syurga. Markus 10:17 Juruselamat berfirman kepadanya untuk mengasihi dan menghormati ibu bapanya serta tidak membunuh atau berbohong atau mencuri. Pemuda yang kaya berkata dia sentiasa mematuhi perintah-perintah tersebut. Markus 10:19–20 Yesus berfirman kepada pemuda tersebut bahawa dia harus melakukan satu lagi hal. Dia perlu menjual segalanya yang dia miliki dan berikan wang tersebut kepada yang miskin. Kemudian pemuda itu harus mengikuti-Nya. Markus 10:21 Pemuda yang kaya tersebut tidak rela melepaskan segalanya yang dia miliki. Dia mengasihi bendanya yang dia miliki lebih dari dia mengasihi Tuhan. Pemuda tersebut pergi dengan sedih. Markus 10:22 Juruselamat berfirman kepada para pengikut-Nya bahawa adalah sukar bagi mereka yang mengasihi kekayaan untuk pergi ke syurga. Para pengikut tidak memahaminya. Mereka bertanya siapakah yang boleh hidup bersama Tuhan? Yesus berfirman bahawa orang-orang yang percaya kepada Tuhan dan mengasihi-Nya lebih dari segalanya akan hidup bersama-Nya di syurga. Markus 10:23–30