Cerita-cerita Kitab Suci
Bab 62: Paulus Mematuhi Roh Kudus


Bab 62

Paulus Mematuhi Roh Kudus

Paulus berdoa

Roh Kudus memberitahu Rasul Paulus untuk pergi ke Yerusalem. Roh Kudus berkata bahawa Paulus akan dimasukkan ke dalam penjara. Paulus tidak takut. Dia mengasihi Juruselamat dan telah melakukan apa yang diarahkan oleh Roh Kudus kepadanya.

Paulus bercakap kepada kawan-kawannya

Paulus mengucapkan selamat tinggal kepada kawan-kawannya. Dia berkata dia tidak akan berjumpa mereka lagi. Dia memberitahu mereka untuk menjalani injil dan mematuhi perintah-perintah Tuhan. Paulus memberi amaran kepada mereka untuk tidak mendengar kepada orang-orang yang cuba mengajar mereka hal-hal yang tidak benar.

lelaki-lelaki memerhati perahu berlayar

Paulus memberitahu mereka untuk saling mengasihi dan menjaga sesama. Dia berlutut dan berdoa bersama mereka. Semua orang menangis. Mereka pergi bersamanya ke perahu dan melihat Paulus meninggalkan Yerusalem.