Bab 32
Petrus Bersaksi tentang Kristus
Yesus menanyakan para pengikut-Nya menurut orang ramai siapakah Dia.
Para pengikut menjawab bahawa sesetengah orang menyangka Yesus ialah Yohanes Pembaptis. Yang lain menyangka Dia ialah nabi Perjanjian Lama yang telah bangkit semula dari kematian.
Yesus menanyakan para pengikut-Nya menurut mereka siapakah Dia. Petrus berkata, “Guru ialah Kristus, Anak Tuhan Yang Hidup.”
Yesus menjelaskan bahawa kesaksian Petrus tidak datang dari pengetahuan manusia. Kesaksian-Nya telah datang melalui wahyu daripada Tuhan.
Yesus menjanjikan Petrus bahawa Dia akan memberikannya imamat dan wewenang untuk memimpin Gereja-Nya. Kemudian Petrus dan para pengikut akan mempunyai wewenang untuk mendirikan Gereja Yesus di bumi.
Yesus memberitahu para pengikut-Nya untuk tidak memberitahu sesiapa dahulu bahawa Dia ialah Kristus. Terlebih dahulu Dia harus menderita, dibunuh, dan bangkit dari kematian pada hari ketiga.