Bab 48
Tiga Orang Hamba
Yesus menceritakan kepada para pengikut-Nya sebuah cerita tentang seorang tuan yang memberikan hamba-hambanya beberapa wang emas. Satu wang emas adalah jumlah wang yang besar.
Tuan tersebut memberi kepada hamba yang pertama lima wang emas. Dia memberi kepada hamba yang kedua yang lain dua wang emas. Dia memberikan hamba yang ketiga satu wang emas. Kemudian tuan itu pergi melakukan perjalanan.
Hamba dengan lima wang emas tersebut bekerja dengan keras. Dia memperoleh lima wang emas lagi. Dia kini memiliki sepuluh wang emas.
Hamba dengan dua wang emas tersebut juga bekerja dengan keras. Dia memperoleh dua wang emas lagi. Dia kini memiliki empat wang emas.
Hamba dengan satu wang emas itu menyembunyikan ia di dalam tanah. Dia takut akan kehilangannya. Dia tidak bekerja untuk memperoleh lebih banyak wang emas.
Ketika tuan tersebut kembali, dia menanyakan hamba itu apakah yang telah mereka lakukan dengan wang emasnya.
Hamba yang pertama membawakan dia sepuluh wang emas. Tuan tersebut sungguh gembira. Dia menjadikan hamba itu penguasa ke atas banyak hal dan memberitahunya untuk bersukacita.
Hamba yang kedua membawakan tuan tersebut empat wang emas. Ini juga membuatkan tuan itu gembira. Dia menjadikan hamba yang kedua itu penguasa ke atas banyak hal dan memberitahunya untuk bersukacita.
Hamba yang ketiga memberi kembali tuan itu wang emas yang telah dia sembunyikan. Tuan tersebut tidak gembira. Dia berkata bahawa hamba itu pemalas. Diaharus bekerja dengan keras untuk memperoleh lebih banyak wang emas.
Tuan tersebut mengambil wang emas tersebut daripada hamba yang ketiga itu dan memberikannya kepada hamba yang pertama. Kemudian dia menghalau hamba yang malas itu. Tuan di dalam cerita ini seumpama Yesus. Kita seumpama hamba-hamba tersebut. Yesus akan menghakimi bagaimana setiap kita menggunakan kurnia yang telah diberikan kepada kita.