Bab 60 Petrus Membangkitkan Tabita dari Kematian Seorang wanita baik yang bernama Tabita tinggal di kota Yope. Dia merupakan seorang pengikut Yesus Kristus. Dia telah membantu banyak orang dan melakukan banyak hal yang baik. Kisah Rasul-Rasul 9:36 Dia menjadi sakit dan meninggal dunia. Kisah Rasul-Rasul 9:37 Kawan-kawannya mencari Petrus. Ketika dia sampai di situ, dia meminta kawan-kawan Tabita untuk meninggalkan bilik tersebut. Kisah Rasul-Rasul 9:38–40 Petrus berlutut dan berdoa, kemudian mengarahkan Tabita untuk berdiri. Dia membuka matanya dan duduk. Kisah Rasul-Rasul 9:40 Petrus membantunya untuk berdiri. Dia memanggil kawan-kawannya. Mereka datang dan melihat bahawa dia masih hidup. Petrus telah menggunakan kuasa imamat untuk membangkitkan Tabita dari kematian. Banyak orang-orang di Yope percaya kepada Yesus Kristus ketika mereka mengetahui tentang kebangkitan Tabita dari kematian. Kisah Rasul-Rasul 9:41–42