Bab 23
Lelaki yang Tidak dapat Berjalan
Suatu hari, Yesus sedang mengajar sekumpulan orang di dalam rumah.
Beberapa lelaki mengangkat kawan mereka di atas katil untuk bertemu Yesus. Kawan tersebut tidak dapat berjalan. Lelaki-lelaki ini tidak dapat memasukkannya ke dalam rumah kerana banyak orang.
Mereka membawa kawan mereka ke atas bumbung. Mereka mengalihkan bahagian bumbung tersebut dan menurunkan kawan mereka ke dalam rumah tersebut.
Ketika Dia melihat kebesaran iman orang-orang ini, Yesus berfirman kepada lelaki yang sakit itu bahawa dosa-dosanya telah diampuni. Dia memfirmankannya untuk mengangkat tempat tidurnya dan balik ke rumah. Lelaki tersebut berdiri. Dia telah sembuh. Dia mengangkat tempat tidurnya dan berjalan ke rumah. Dia sungguh bersyukur kepada Tuhan.