Bab 25 Seorang Wanita Menyentuh Pakaian Yesus Seorang wanita telah sakit tenat selama 12 tahun. Dia telah menemui banyak doktor, tetapi mereka tidak dapat membantunya. Markus 5:25–26 Suatu hari dia terlihat Yesus dikelilingi oleh banyak orang. Dia percaya bahawa dia akan disembuhkan hanya dengan menyentuh pakaian-Nya. Dia berjalan melalui khalayak ramai dan menyentuh pakaian-Nya. Matius 9:20–22; Markus 5:27–28 Dia sembuh dengan serta-merta. Yesus berpaling dan bertanya, “Siapa yang menyentuh jubah-Ku?” Markus 5:29–30 Wanita itu ketakutan. Dia berlutut di hadapan Juruselamat dan berkata dia yang telah menyentuh-Nya. Yesus memberitahu imannya kepada-Nya telah membuat dia sembuh. Markus 5:33–34