Bab 43
Yesus Membangkitkan Lazarus dari Kematian
Seorang lelaki bernama Lazarus tinggal di Betania bersama adik-adiknya, Maria dan Marta. Yesus mengasihi Lazarus dan adik-adiknya, dan mereka mengasihi Yesus.
Lazarus menjadi sakit tenat. Juruselamat berada di kota yang lain. Maria dan Marta memberitakan kepada-Nya bahawa Lazarus sakit tenat.
Juruselamat meminta para pengikut-Nya untuk pergi bersama-Nya untuk membantu Lazarus. Para pengikut takut untuk pergi ke Betania. Ia berhampiran Yerusalem. Beberapa orang di Yerusalem ingin membunuh Yesus.
Yesus memberitahu para pengikut-Nya bahawa Lazarus telah mati. Dia berfirman bahawa Dia akan membangkitkannya dari kematian. Mukjizat ini akan membantu para pengikut tahu bahawa Dia adalah Juruselamat. Yesus ke Betania. Ketika Dia tiba di situ, Lazarus telah mati untuk empat hari lamanya.
Marta memberitahu Yesus bahawa Lazarus akan hidup jika Dia datang lebih awal. Yesus berfirman Lazarus akan hidup semula. Dia menanyakan Marta jika dia percaya kepada-Nya. Marta berkata ya. Dia tahu bahawa Yesus adalah Juruselamat.
Marta meninggalkan Yesus untuk mendapatkan saudarinya, Maria. Maria juga pergi untuk bertemu Yesus. Banyak orang mengikutinya. Maria berlutut, menangis, di bawah kaki Juruselamat. Kemudian orang-orang yang bersamanya juga menangis. Yesus menanyakan di mana mayat Lazarus berada.
Yesus pergi ke gua tempat Lazarus dikebumikan. Terdapat sebuah batu di hadapannya. Dia memfirmankan orang-orang tersebut untuk mengalihkan batu tersebut.
Yesus memandang ke atas. Dia bersyukur kepada Bapa Syurgawi kerana mendengar doa-doa–Nya.
Kemudian, dengan suara yang kuat, Yesus memfirmankan Lazarus untuk keluar dari gua tersebut. Lazarus berjalan ke luar. Banyak orang yang melihat mukjizat tersebut kini percaya bahawa Yesus adalah Juruselamat.