Cerita-cerita Kitab Suci
Perkataan untuk Diketahui


Perkataan untuk Diketahui

ahliseorang tergolong pada gereja atau kumpulan lain

altarsebuah struktur yang berupa meja di dalam bait suci ketika Yesus masih hidup. Orang mempersembahkan korban kepada Tuhan di atas altar.

altar

askarseseorang yang menjalankan arahan-arahan raja atau penguasa

bait sucirumah Tuhan di bumi; tempat menyembah Tuhan; tempat kudus di mana tatacara-tatacara kudus dilaksanakan

bait suci

baluseorang wanita yang kematian suami

bangkittubuh dan roh kita bersatu kembali selepas kita meninggal

belalangserangga terbang yang besar kadangkala digunakan sebagai makanan

belalang

berdoaberbicara dengan Tuhan, memberi syukur kepada-Nya dan meminta berkat-berkat

berkatdoa khusus untuk meminta Bapa Syurgawi untuk menghibur atau menyembuhkan seseorang; lelaki yang berikan doa ini melakukan sedemikian dengan kuasa imamat yang dia pegang. Segala bantuan yang kita terima daripada Tuhan.

berlutut [melutut]duduk di atas lutut

melutut

bersaksimenyatakan kepada orang lain bahawa kita mengetahui sesuatu adalah benar

bertaubatberasa kesal bagi suatu tindakan atau fikiran dan berjanji tidak mengulanginya

bijaksanaseseorang yang sungguh pintar dan memahami orang, hukum-hukum, dan tulisan suci; juga, seseorang yang merancang terlebih dahulu

bohongtidak mengatakan kebenaran

butatidak boleh melihat

cambuktali kurus yang bertangkai; menggunakan cambuk untuk menyebat seseorang atau sesuatu

cambuk

cederakecederaan teruk pada badan seseorang

cukaiwang yang dibayar orang kepada kerajaan

curimengambil sesuatu kepunyaan orang lain

deritamerasakan kesakitan yang teramat

dipenuhi dengan Roh KudusRoh Kudus mengisi minda dan hati seseorang dengan kebenaran

doaapa yang diucapkan ketika seseorang berdoa

dosatidak patuh akan perintah-perintah Bapa Syurgawi

duribahagian tanaman yang tajam dan menonjol yang boleh mencederakan jika tersentuh

gembalaseseorang yang menjaga domba

gembala

gempa bumigoncangan bumi yang kuat

gualubang besar yang terdapat di tepi bukit

gua

gununggunung atau bukit yang besar

guruntanah yang terdapat sedikit sumber air dan sedikit tumbuh-tumbuhan atau haiwan

iblisnama yang lain bagi Setan

imamseorang pemimpin dalam sebuah gereja

imamathak kuasa untuk bertindak dalam nama Tuhan

imanuntuk percaya dan yakin kepada Yesus Kristus

indung madusarang cecair yang dihasilkan oleh lebah. Lebah mengisi sarang cecair ini dengan madu.

indung madu

injilajaran-ajaran Yesus Kristus tentang bagaimana orang-orang harus hidup agar mereka dapat kembali dan hidup bersama Bapa Syurgawi; ia adalah rancangan keselamatan Bapa Syurgawi

jahatsesuatu yang jahat dan tidak datang daripada Tuhan

jahatorang yang jahat

jamuanhidangan yang selalunya di makan pada hari yang istimewa

jiranseseorang yang tinggal berdekatan rumah anda; anak-anak Tuhan yang lain

jubahpakaian yang panjang yang dipakai atas pakaian yang lain

jubah

kebenaransesuatu yang benar atau betul

kebulurankekurangan makanan kerana hasil tanaman tidak mencukupi untuk memberi makan kepada semua orang

Kedatangan Keduaketika Yesus akan datang lagi ke bumi untuk menyelamatkan orang-orang yang soleh dan memusnahkan orang-orang yang jahat

kehidupan abadiuntuk menjadi seperti Bapa Syurgawi kita dan hidup bersama-Nya selamanya

kekalsesuatu yang tanpa akhir; berlangsung selamanya

kerajaan TuhanGereja atau tempat di mana orang-orang soleh akan hidup bersama Bapa Syurgawi selepas kehidupan ini

kesaksianperasaan atau fikiran daripada Roh Kudus bahawa injil adalah benar

khianatuntuk berpaling tadah terhadap seorang kawan atau menyerahkannya kepada musuh

khutbahucapan yang diberikan kepada sekumpulan orang tentang injil

korbanmelepaskan sesuatu yang penting untuk Tuhan atau orang lain

kuasakemampuan untuk melakukan sesuatu Lihat juga imamat.

kudisbahagian badan yang sakit atau berdarah

kudussesuatu yang suci dan bersih dan ditetapkan untuk kegunaan Tuhan

kudussegala yang diberikan kepada kita oleh Tuhan yang perlu dihormati dan takzim.

kurniahal baik yang Tuhan atau orang lain berikan kepada kita

kurnia Roh Kudushak untuk mendapat bantuan Roh Kudus; ia diberikan kepada seseorang selepas pembaptisan oleh seseorang yang mempunyai wewenang imamat

lagu rohanisebuah lagu gereja atau sebuah lagu yang memuji Tuhan

lemasmati akibat lama berada di dalam air

mahkota duriduri tajam yang dibentuk bulat yang telah diletakkan di atas kepala Yesus

mahkota duri

makamtempat pengebumian orang-orang yang telah meninggal

makam

Malaikatutusan syurgawi daripada Tuhan

malastidak rela untuk bekerja

memberkatiuntuk memberikan hal-hal yang baik atau untuk membantu seseorang

memerintahuntuk mengarah seseorang atau sesuatu apa yang perlu dilakukan

memilihuntuk mengambil atau menentukan

memimpinuntuk membimbing orang lain

memujimengucap hal-hal yang baik tentang seseorang

mencemuhmembuat ejekan

mengampuniuntuk berhenti menjadi marah terhadap seseorang yang telah melakukan hal-hal yang tidak baik atau berbahaya

mengaturuntuk menjalankan Gereja Yesus Kristus dengan teratur

mengebumikan [dikebumikan]untuk menanam mayat orang yang telah meninggal di dalam makam atau di bawah tanah dan menutupinya dengan tanah; untuk meletakkan sesuatu di dalam tanah yang seseorang ingin sembunyikan

mengembara (berjalan)pergi dari satu tempat ke tempat yang lain

menggodacuba untuk mendapatkan seseorang untuk melakukan sesuatu yang salah

menghasilkanmembuat atau membina sesuatu

mengikutiuntuk melakukan apa yang orang lain lakukan

menterjemahuntuk mengubah perkataan-perkataan yang tertulis atau diucapkan dalam satu bahasa kepada perkataan-perkataan dengan makna yang sama dalam bahasa yang berbeza

menyalibkanuntuk membunuh seseorang dengan menggantungnya di atas kayu salib seperti yang mereka lakukan kepada Yesus Kristus

menyambutuntuk mengingati sebuah hari penting dengan melakukan sesuatu yang istimewa

menyembahuntuk memuji, mengasihi, dan mematuhi Tuhan

misimasa pelayanan yang istimewa untuk pergi dan mengajar orang-orang tentang injil Yesus Kristus dan menguatkan kerajaan Tuhan di bumi

mukjizatsesuatu yang luar biasa berlaku kerana kuasa Tuhan

nabiorang yang dipanggil oleh Tuhan untuk menyampaikan kehendak Tuhan kepada umatnya

Orang-orang Bijaksanapara lelaki yang datang dari Timur untuk mengunjungi Yesus ketika Dia seorang budak

Orang suciseorang ahli Gereja Yesus Kristus yang sejati

padang belantarasebuah tempat yang tidak memiliki bandar-bandar atau kota-kota dan sedikit orang yang tinggal

palungtempat letak makanan untuk haiwan-haiwan

palung

Paskahperayaan istimewa orang-orang Yahudi memperingati bagaimana Tuhan telah menyelamatkan bangsa mereka daripada orang-orang Mesir pada zaman Musa.

patuhmelakukan apa yang diminta atau diperintah

pekaktidak dapat mendengar

pelayanseseorang yang melayani atau bekerja untuk orang lain atau untuk Tuhan

pembaptisan [membaptiskan]sebuah tatacara di mana seorang yang mempunyai wewenang imamat daripada Tuhan mencelup orang ke dalam air dengan sepenuhnya dan menarik dia keluar dari air. Pembaptisan diperlukan untuk menjadi ahli Gereja Yesus Kristus. Lihat juga kurnia Roh Kudus.

pembaptisan

pemimpinseseorang yang membimbing dan bertanggungjawab ke atas sebuah kumpulan orang

penasihatseseorang yang membantu atau memberi nasihat kepada seseorang yang lain

pencuriseseorang yang mencuri daripada orang lain

pendamaiorang yang membantu seseorang tidak berasa marah dengan satu sama lain

pendosaseseorang yang tidak mematuhi perintah-perintah Bapa Syurgawi

pengantin lelakiseorang lelaki yang bakal berkahwin

pengawalseseorang yang mengawasi orang-orang dalam penjara; untuk mengawasi seseorang, tempat, atau hal

pengikutseorang yang percaya kepada Yesus Kristus dan cuba menjadi seperti Dia

penginjilseseorang yang pergi ke misi; kadangkala orang tersebut dipanggil untuk pergi ke tanah-tanah lain

penglihatansejenis wahyu daripada Bapa Syurgawi

penjaga rumah tumpanganorang yang mengurus rumah tumpangan

penjaratempat bagi orang-orang yang telah melanggar hukum

penyelamatanuntuk diselamatkan dari dosa dan kematian agar kita dapat hidup bersama Bapa Syurgawi lagi

perangpertempuran di antara musuh

perbicaraankejadian di mana orang-orang cuba untuk membuktikan sekiranya seseorang itu telah atau tidak melanggar hukum

percayauntuk merasakan bahawa sesuatu adalah benar atau betul

perintahsesuatu yang Tuhan firmankan manusia untuk lakukan agar mereka akan gembira

perjanjianmengatakan bahawa anda akan melakukan sesuatu

perkahwinanupacara seorang lelaki dan wanita berkahwin

persepuluhanwang yang diberikan kepada Tuhan untuk membina Gereja-Nya

perubahan rupaperubahan dalam seseorang untuk jangka masa yang singkat yang membolehkannya berada di hadirat Bapa Syurgawi

perumpamaancerita yang mengajar tentang sebuah asas atau pengajaran

pesakit kustaseseorang yang sakit dengan kudis di seluruh badannya

pokok anggurdahan utama tumbuhan, contohnya anggur, yang mempunyai ranting berlilit. Pokok membantu cabang-cabang untuk hidup.

pokok anggur

puasatidak menyentuh makanan atau air ketika mencari berkat-berkat daripada Bapa Syurgawi

pulihmenjadikan seseorang yang sakit atau cedera sembuh

Rasulseorang pimpin dalam Gereja Yesus Kristus yang bersaksi tentang Yesus Kristus dan mengajarkan injil

rohseorang daripada anak-anak Bapa Syurgawi yang tidak mempunyai tubuh daging dan tulang

rotibentuk roti yang dipanggang

roti

rumah tumpangantempat orang-orang boleh makan dan tidur ketika mereka dalam perjalanan

Sabatsatu hari istimewa dalam seminggu ketika orang-orang menyembah Tuhan dengan pergi ke Gereja dan mempelajari tentang-Nya

sakramensebuah tatacara di mana roti dan air diberkati dan diagihkan kepada ahli-ahli Gereja untuk mengingatkan mereka tentang Yesus Kristus dan untuk mematuhi perintah-perintah. Tatacara yang dilakukan oleh para lelaki yang memiliki imamat.

saumaahbangunan di mana orang Yahudi berkumpul untuk menyembah Tuhan

selamanyasentiasa

selamatmenyelamatkan dari bahaya Yesus mati untuk menyelamatkan kita dari kematian jasmani dan bahaya dosa.

sertaimenjadi sebahagian satu kumpulan

solehpatuh kepada perintah-perintah Tuhan

syilingwang leper yang diperbuat dari logam

syiling

syurgatempat di mana Bapa Syurgawi dan Yesus Kristus tinggal

tahbispara lelaki yang memegang wewenang imamat meletakkan tangan mereka di atas kepada seorang lelaki untuk memberinya kuasa dan wewenang imamat

pentahbisan

tangkap [menangkap]menawan sebuah negara atau orang dengan paksaan

tubuh berdaging dan bertulangtubuh manusia di bumi mengandungi kulit, tulang, otot-otot, dan darah

tulisan sucikitab yang mengandungi firman Tuhan yang diberikan melalui para nabi-Nya

tunduk [menunduk]mengarahkan kepala ke bawah sebagai penghormatan

menunduk kepala

wahyusesuatu yang Tuhan nyatakan kepada anak-anak-Nya

wainminuman yang diperbuat dari buah anggur

wewenanghak untuk menggunakan sesuatu kuasa seperti imamat atau mempunyai hak untuk menghukum seseorang yang tidak mematuhi hukum