Cerita-cerita Kitab Suci
Bab 35: Orang Samaria yang Baik Hati


Bab 35

Orang Samaria yang Baik Hati

Yesus mengajar orang ramai

Yesus menceritakan banyak cerita, atau perumpamaan, untuk membantu orang ramai mempelajari kebenaran.

lelaki bercakap kepada Yesus

Suatu hari seorang pemimpin orang Yahudi bertanya Yesus apakah yang harus dia lakukan untuk mendapat kehidupan abadi. Juruselamat menanyakan dia apakah yang tertulis dalam tulisan suci. Pemimpin tersebut berkata seseorang harus mengasihi Tuhan dan juga mengasihi sesama manusia. Yesus menjawab bahawa dia betul. Kemudian pemimpin tersebut bertanya, “Siapakah sesama saya?”

lelaki memukul lelaki yang lain

Yesus menjawab dengan menceritakan lelaki tersebut sebuah cerita. Suatu hari seorang lelaki Yahudi sedang berada dalam perjalanan ke kota Yerikho. Perompak-perompak merompak dan memukulnya. Mereka meninggalkan lelaki itu di tepi jalan, hampir mati.

seseorang melalui lelaki yang tercedera

Tidak lama kemudian, seorang imam Yahudi datang dan terlihat lelaki itu. Imam itu berjalan pergi pada jalan yang lain. Dia tidak membantu lelaki itu.

seseorang melalui lelaki yang tercedera

Seorang lelaki Yahudi yang bekerja di bait suci lalu. Dia terlihat lelaki yang cedera itu. Tetapi dia tidak membantu lelaki itu juga dan berjalan pergi pada jalan yang lain.

seseorang lelaki membantu lelaki yang cedera

Kemudian seorang orang Samaria lalu. Orang Yahudi dan orang Samaria tidak bersatu. Tetapi ketika orang Samaria terlihat lelaki itu, dia merasa simpati terhadapnya. Dia merawat luka-luka lelaki itu dan memberikannya pakaian.

Lukas 10:33–34; Yohanes 4:9; Panduan Tulisan Suci, “Orang Samaria,” 154

lelaki membayar penjaga rumah tumpangan

Orang Samaria membawa lelaki itu ke sebuah rumah tumpangan dan menjaganya sehingga keesokan harinya. Ketika orang Samaria perlu pergi, dia memberikan wang kepada penjaga rumah tumpangan dan memintanya untuk menjaga lelaki tersebut.

Yesus mengajar para pengikut

Selepas Yesus menceritakan cerita ini, Dia menanyakan pemimpin Yahudi itu manakah daripada tiga lelaki itu yang merupakan seorang sahabat kepada lelaki yang cedera itu.

lelaki bercakap kepada Yesus

Pemimpin itu menjawab orang Samaria kerana dia telah membantu lelaki tersebut. Yesus memfirmankan pemimpin Yahudi tersebut untuk menjadi seperti orang Samaria itu.