Cerita-cerita Kitab Suci
Bab 44: Juruselamat ke Yerusalem


Bab 44

Juruselamat ke Yerusalem

empat lelaki sedang bercakap

Beberapa orang memberitahu imam-imam dan orang-orang Farisi bahawa Yesus telah membangkitkan Lazarus dari kematian. Orang-orang Farisi berfikir bahawa semua orang akan percaya kepada Yesus. Mereka khuatir tidak seorang pun akan mendengar kepada mereka.

empat lelaki sedang bercakap

Orang-orang Farisi telah merancang satu cara untuk membunuh Yesus. Mereka menunggu kedatangan-Nya ke Yerusalem untuk jamuan Paskah.

Yesus menunggang keldai ke Yerusalem

Yesus ke Yerusalem. Banyak orang terdengar bahawa Dia datang dan pergi untuk bertemu-Nya. Yesus menunggang keldai muda memasuki kota tersebut. Seorang nabi telah menulis bahawa Putera Tuhan akan melakukan ini. Banyak orang percaya bahawa Yesus adalah Putera Tuhan. Mereka menabur ranting-ranting palma dan pakaian-pakaian mereka di tanah untuk Dia lalui. Mereka menyeru hosana dan berkata bahawa Yesus adalah raja mereka.

orang ramai bercakap

Orang-orang di Yerusalem datang untuk melihat apa yang sedang berlaku. Mereka bertanya siapakah Yesus. Orang-orang di kalangan orang ramai memberitahu mereka bahawa Dia adalah seorang nabi dari Nasaret.

tiga lelaki marah

Orang-orang Farisi sangat marah. Mereka tidak ingin orang ramai untuk percaya bahawa Yesus adalah Juruselamat. Yesus tahu orang-orang Farisi ingin membunuh-Nya.

Yesus bercakap kepada para pengikut-Nya

Yesus menyatakan kepada para pengikut-Nya bahawa Dia akan segera mati. Dia akan menderita bagi dosa-dosa semua orang dan kemudian mati di atas kayu salib. Dia adalah Juruselamat dunia. Inilah tujuan Dia telah datang ke bumi.